Bagaimana Akal Mempengaruhi Seseorang Itu Beremosi?
Bagaimana Syaitan Merosakkan Perasaan Kita?
Bagaimana Perasaan Boleh Menguasai Pemikiran?
Adakah Sedih Sebahagian Penyakit Mental?
Apakah Amalan Terbaik Untuk Ubat Kesedihan Dan Emosi?
Bagaimana Seni Berdoa Dalam Keadaan Sedih?
Adakah Sihir Boleh Menjadi Faktor Dalam Gangguan Emosi?

Boleh ke kita sedih? Ya boleh sebab Islam tidak pernah menafikan kemanusiaan, tetapi jangan sampai kemanusiaan itu menjadi tabiat dan mengawal diri kita sepenuhnya. “Bagaimana Menangani Kesedihan” tajuk yang sangat dekat dengan kita terutamanya dalam musim pandemik ini.

Bersama-sama Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin diskusi tentang bagaimana menangani kesedihan dari sudut Psikologi dan berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta kaedah terbaik untuk menguruskan emosi.

Bersama Pendengar:
Video ini sangat membantu saya lebih tenang. Saya mula faham kenapa sedih tu boleh berlaku dan macam mana cara terbaik untuk tidak membiarkan sedih mengawal diri. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan dan aplikasikan dalam kehidupan.
Encik Zakaria (43 tahun)

 

Dapatkan 5 siri video membahaskan “Bagaimana Menangani Kesedihan

1) Mengapa manusia bersedih

Perbincangan mengenai secara psikologi tentang Manusia dan Kesedihan dan bagaimana pula Islam menitik beratkan tajuk kesedihan itu dari sudut al-quran dan hadis.

 

2) 3 tahap kesedihan

Kesedihan ada beberapa tahap iaitu pada tahap kemanusiaan dan ada dipanggil sebagai “Border Kemanusiaan” sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi “Disorder” dan boleh hilang kewarasan kemanusiaan.

 

3) Sedih dan pengurusan emosi

Sedih akan mengganggu emosi kita sebagai manusia dan bagaimana kesedihan itu akhirnya menjadikan seseorang itu terganggu emosi kemudian melahirkan kesan-kesan negatif yang lain contohnya “Depres”, “Mood Swing”, “Anxiety” dan sebagainya.

 

4) Ubat sedih

Dalam video ini akan mengupas bagaimana kaedah mengubat kesedihan daripada sudut Psikologi, Disorder dan panduan agama.

 

5) 5 step menangani kesedihan cara al-Quran

Video ini merujuk kepada ketika Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan yang sangat sedih ketika menegakkan perjuangannya dan bagaimana Allah membentuk semangat dan emosi Baginda melalui ayat-ayat al-Quran.

 

Tajuk:

Bagaimana Menangani Kesedihan

Yuran:

Rm50 seorang sahaja untuk pekej 5 slot video