Bagaimana Menghadapi Anak Yang Degil?

Pertamanya, harus ubah cara kita berfikir kerana ianya asas. Orang yang diberi rezeki anak dan amanah anak akan diuji dengan pelbagai ujian dengan anak itu. Jika masih belum direzekikan anak maka ujian anak itu tiada sehinggalah mempunyai anak.

Kedua, kita harus bersyukur kerana dipilih oleh Allah swt untuk dikurniakan zuriat yang akan mewarisi kita. Kadangkala anak yang pandai dan bijak agak mencabar dan nakal sedikit kerana otaknya bijak berinteraksi. Jika kita paksa atau rotan anak itu untuk duduk diam tak seronok juga kerana perubahan anak yang mendadak yang bukan kebiasaan.

Ini sebagai asbab untuk kita ikhtiar jalan terbaik untuk ahli keluarga dalam keadaan pandemik Covid-19 ini. Hidupkan Sunnah -sunnah Nabi saw yang diajarkan kepada kita, maka Insyallah kita akan tenang dan harmoni. Banyakkan sentuhan seperti doakan di kepala anak, makanan, di badannya kerana sentuhan daripada ibu ayah ini akan memecahkan kedegilan anak-anak.

Namun, ibu ayah haruslah berubah dahulu sebelum anak-anak berubah seperti yang kita harapkan. Jika ibu ayah menunjukkan contoh yang tidak bagus pada anak, maka perkara itu juga yang akan diterapkan oleh mereka. Jika kita berusaha mengajarkan cohtoh yang baik, maka perkara yang baik itu akan menjadi ingatan dan amalan buat mereka.

Antara cara untuk kita mengekalkan kestabilan emosi dengan menjaga pemakanan. Amalkan pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat tinggi bagi membantu mengekalkan keseimbangan fizikal serta mental ke arah yang lebih positif.

 

Klik butang di bawah untuk lihat dengan lebih lanjut

Atau hubungi kami