اَلْعَلِيْمُ
AL-‘ALIM
ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
Allah al-‘Alim bermaksud Allah Yang Maha Mengetahui. Allah al-‘Alim adalah salah satu asma’ Allah yang terdapat di dalam rantaian asmaul Husna. Allah al-‘Alim, Allah mengetahui akan segala perkara yang maujud dan tidak ada sesuatu perkara sekalipun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah s.w.t
- Pengetahuan Allah s.w.t tidak terbatas
Firman Allah s.w.t:
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luth Mahfudz).
Daripada keratan ayat di atas, Allah s.w.t memberitahu kepada hambanya bahawa Allah mengetahui segala-galanya walaupun sehelai daun yang gugur. Segalanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, manusia perlu bergantung kepada Allah s.w.t. Sehebat dan secanggih mana jua teknologi yang ada pada masa kini, masih tidak mampu untuk menandingi kekuatan Allah s.w.t. Apabila ditimpa masalah, maka berdoalah kepada Allah s.w.t. Allah memerintahkan kepada hambaNya supaya memohon pertolongan dariNya.
- Allah s.w.t mengetahui segala-galanya, tidak lemah dan tidak lupa
Allah s.w.t mengetahui akan segala sesuatu, tidak lemah dan tidak pula lupa.
Jika diperhatikan dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman:
اَلْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
- Allah s.w.t maha mengetahui segala perkara termasuklah perkara yang tersembunyi
Secara terang-terangan di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa sekalipun daun yang gugur dalam pengetahuanNya. Perkara sekecil itu Allah mengetahuinya apatah lagi sesuatu yang cuba disembunyikan oleh hambaNya. Firman Allah s.w.t:
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
- Allah s.w.t maha mengetahui perkara ghaib
Firman Allah s.w.t:
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Allah menyembunyikan di mana tempat matinya seseorang. Selain itu, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui dan mengarahkan bila akan turunnya hujan. Realitinya, Malaysia mempunyai awan dan apabila langit mula gelap serta awan yang penuh dengan air berarak, sesiapa sahaja boleh menjangkakan akan turunnya hujan. Namun, cuba fikirkan bagaimana negara Arab yang tandus, tiada padanya awan. Bagaimana cara yang membolehkan tempat mereka dituruni hujan? Semua ini adalah kekuasaan Allah s.w.t. Manusia boleh meniti di atas ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Sebagaimana wujudnya ahli kaji cuaca untuk mengkaji cuaca dunia. Walau bagaimanapun, semua yang berlaku adalah di dalam kekuasaan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui.
- Allah s.w.t maha mengetahui dan maha menguasai.
Firman Allah s.w.t:
رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِكُمْ إِن يَشَأْ يَرْحَمْكُمْ أَوْ إِن يَشَأْ يُعَذِّبْكُمْ
Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan mengazabmu, jika Dia menghendaki.
Allah s.w.t mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh manusia. Jika pelakuannya itu Allah menghendaki rahmat ke atasnya, maka Allah s.w.t akan kurniakan kerahmatan tersebut. Begitu juga sebaliknya, jika Allah s.w.t menghendaki mendatangkan azab atas perlakuan tersebut, maka Allah s.w.t datangkan azab. Apabila seseorang melakukan kebaikan, pasti Allah s.w.t akan membalasnya dengan kebaikan. Tetapi terdapat sebahagian amalan, Allah memberikan kebaikan yang lebih kepada orang yang melakukannya.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: