اَلْعَزِيْزُ

AL-‘AZIZ

ALLAH YANG MAHA MULIA DAN PERKASA

Di antara nama-nama Allah s.w.t yang mulia ialah Allah al-‘Aziz yang bermaksud Allah Yang Maha Perkasa dan Mulia. Sesungguhnya, tiada sesuatu pun yang sama dengan kemuliaan Allah s.w.t, apatah lagi yang dapat menandingiNya.

  1. Allah Yang Maha Mulia, memuliakan sesiapa yang memuliakanNya

Kehidupan di dunia hanyalah kehidupan yang sementara. Oleh yang demikian, pada umur yang berbaki ini berusahalah memuliakan Allah s.w.t dengan cara mentaatiNya.

Dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta orang-orang yang beriman.

  1. Allah Yang Maha Mulia daripada apa yang disyirikkan

Syirik ialah mempersekutukan Allah. Orang yang syirik adalah orang yang percaya kepada Allah s.w.t tetapi, dalam masa yang sama dia turut mempercayai bahawa ada kuasa yang lain selain daripada kuasa Allah s.w.t. Allah tetap mulia walaupun disyirikkan oleh sesiapa sekalipun. Ini kerana, Allah itu Maha Berkuasa.

Dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

Maha Suci Allah, Maha Suci Tuhan mu dan Tuhan yang mempunyai kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan.

  1. Allah Yang Maha Mulia tetap kekal kemuliaanNya

Manusia yang mulia pada hari ini belum tentu mulia selamanya. Akan tetapi, Allah itu dipuji dan dimuliakan pada setiap masa dan di dalam pelbagai bahasa.

Dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعاً

Sesiapa yang menghendaki kemuliaan maka hendaklah dia berusaha dengan mematuhi perintah Allah kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

Terdapat lima golongan yang tidak akan mendapatkan kemuliaan di sisi Allah, iaitu:-

i) Orang yang mepunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya

Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ عَمِلَ بِما عَلِمَ أَوْرَثَهُ الله عِلْمُ ما لَمْ يَعْلَمْ.

Sesiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah akan anugerahkan padanya ilmu yang dia tidak tahu.

ii) Orang yang beramal tetapi tiada keikhlasan.

iii) Orang yang mempunyai harta tetapi hartanya tidak bermanfaat.

Manusia disuruh untuk mencari harta, tetapi letaknya hanya ditangan bukan dihati. Setiap orang akan meninggalkan harta yang dimiliki tanpa memberi manfaat, jika dia terlalu sayang untuk menggunakannya.

iv) Orang yang tangannya itu kosong daripada mentaati Allah s.w.t

Terdapat empat jenis akhlak :-

  •  Akhlak dengan Allah. Sentiasa syukur dan redha dengan ketetapan Allah.
  • Akhlak dengan diri sendiri. Tidak membiarkan diri dalam keadaan jahil dan sentiasa menjaga kebersihan diri.
  • Akhlak dengan orang lain.
  •  Akhlak dengan makhkluk-makhluk yang lain.

v)  Orang yang tidak pandai menjaga waktu

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: