اَلْبَارِئُ

AL-BAARI’

ALLAH YANG MAHA MENGADAKAN

Di antara nama-nama Allah s.w.t di dalam rantaian Asmaul Husna, ialah Allah al-Baari’ yang bermaksud Allah yang Maha Mengadakan. Disamping itu, Allah juga boleh untuk meniadakan sesuatu itu.

       1. Allah menciptakan manusia untuk memperkenalkan siapa diriNya

Kenapa Allah s.w.t mengadakan manusia ini?

Allah s.w.t mengadakan manusia kemudian daripada itu, Allah memperkenalkan siapa diri Allah s.w.t.

       2. Allah ingin mengajarkan manusia cara untuk menyembahNya

Allah mengadakan manusia dan Allah menunjukkan kepada manusia cara untuk menyembah Allah s.w.t agar manusia tidak tersalah dalam membuat pengabdiannya kepada Allah s.w.t. Antara ibadah yang diajarkan ialah solat, zakat, haji dan lain-lain. Sebagaimana yang ditunjukkan kepada Nabi Ibrahim a.s.

       3. Allah akan membinasakan seluruh makhluk-makhlukNya

Allah boleh mengadakan dan Allah juga boleh untuk meniadakan sesuatu mengikut kehendakNya. Jadi, Allah boleh untuk membinasakan makhluk-makhlukNya, jika Allah berkehendak kepada perkara itu.

  • Kiamat kecil

Kiamat kecil yang disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w ialah kematian.

  • Kiamat besar

Kiamat besar tiada siapa yang mengetahui bila tiba waktunya. Ketika malaikat Israfil meniupkan sangkakala, maka alam ini akan musnah.

       4. Allah mengadakan kembali kehidupan

Setelah Allah s.w.t membinasakan manusia pada hari berlakunya kiamat, maka setelah itu Allah s.w.t menghidupkan kembali semua makhluk.

Firman Allah s.w.t:-

وَهُوَ الَّذِي أَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ إِنَّ الْإِنسَانَ لَكَفُورٌ

Dan Dia-lah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu lagi. Sesungguhnya, manusia itu benar-benar sangat mengingkari nikmat.

       5. Allah mengadakan penilaian amalan kepada manusia

Firman Allah s.w.t:-

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ * وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah nescaya akan dilihat dalam surat amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihat dalam surat amalannya.

Allah mengadakan penilaian amalan kepada hambaNya untuk diadili oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, perbanyakkanlah amalan dan juga taubat.

Berapa ramai hari ini orang yang melakukan kesalahan, tetapi langsung tidak tercetus perasaan bersalah pada diri mereka. Ini kerana, mereka itu tiada kemahiran melihat kelemahan pada diri. Adapun, kelebihan melihat kelemahan diri itu dipanggil sebagai muhasabah. Koreksi diri dan tingkatkan kelemahan yang ada.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: