اَلْبَاسِطُ

AL-BAASITH

ALLAH YANG MAHA MELUASKAN

Di antara nama Allah s.w.t ialah Allah Al-Baasith bermaksud Allah Yang Maha Meluaskan.

Firman Allah s.w.t:

وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Allah jualah yang menyempit dan meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNya lah kamu semua akan dikembalikan.

Apakah beza nama Allah s.w.t al- Baasith dengan Allah s.w.t ar-Razzaq?

Allah Ar-Razzaq ialah Allah Yang Memberi Rezeki daripada tiada kepada ada. Manakala Allah al-Baasith, Allah meluaskan dan dikembangkan rezeki yang sedia ada.

Kita adalah hamba Allah s.w.t yang tertakluk kepada kurniaan-kurniaan Allah s.w.t.

Apakah maksud rezeki?

Rezeki bermaksud apa-apa sahaja keperluan bagi manusia.

Bagaimana Allah s.w.t meluaskan rezeki seseorang?

Allah s.w.t menciptakan setiap manusia dengan sebab dan tujuan tertentu. Begitu juga Allah mengurniakan rezeki kepada hambaNya dengan selayaknya kepada hamba itu dengan sebab-sebab tertentu.

Firman Allah s.w.t:

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَاباً فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاء كَيْفَ يَشَاءُ

Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah meluaskan menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakinya.

  1. Anugerah Allah s.w.t yang kekal iaitu ilmu

Ilmu adalah sangat luas, ia bukan sahaja ilmu agama tetapi meliputi seluruh aspek. Carilah ilmu di dalam apa jua bidang sekalipun selagi mana ia dapat memberi manfaat kepada kita.

Allah memberikan ilmu kepada hambaNya. Justeru itu, janganlah berasa sombong dengan ilmu yang ada dan jangan memperkecilkan orang lain.

  1. Allah s.w.t menganugerahkan rezeki zuriat kepada hambaNya

Zuriat merupakan anugerah dari Allah s.w.t iaitu cahaya mata hasil dari sebuah perkahwinan.

Oleh itu, di dalam hadis Nabi s.a.w orang yang mampu untuk berkahwin dan dia boleh berkahwin, tetapi sengaja ingin menjadi rahib dan tidak mahu berkahwin, maka dia bukanlah dari golongan umat Muhammad.

Kesimpulannya, Allah s.w.t memberikan rezeki dan meluaskannya bukan sahaja di dunia bahkan hingga ke akhirat.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

Untuk Pembahasan Penuh

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: