اَلْغَفَّارُ

AL-GHAFFAR

ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN

Di antara nama-nama Allah s.w.t, ialah Allah al-Gaffar yang bermaksud Allah Yang Maha Pengampun. Allah al-Gaffar, Allah yang sentiasa mengampunkan segala dosa dan kesalahan hamba-hambaNya. Kita disuruh untuk sentiasa memperbaiki diri dengan bertaubat kepada Allah. Diingatkan bahawa, Allah Yang Maha Pengampun dan Allah juga yang menyuruh hambaNya untuk sentiasa meminta keampunan kepadaNya.

  1. Orang yang bertaubat, Allah akan membimbingnya untuk memperbaiki diri

Orang yang ingin bertaubat, pertama sekali adalah dia mampu untuk muhasabah dirinya sendiri. Seterusnya, orang yang bertaubat ini akan dibimbing oleh Allah s.w.t untuk berterusan memperbaiki dirnya.

  1. Allah akan memberikan nikmat kepada hambaNya yang meminta keampunan

Orang yang sentiasa bertaubat akan dikurniakan nikmat yang banyak.

Firman Allah s.w.t:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ 

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu dari perbuatan syirik, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik di dunia hingga ke suatu masa yang tertentu dan di akhirat pula Dia akan memberi kepada tiap-tiap seseorang yang mempunyai kelebihan dalam sebarang amal soleh pahala kelebihan itu, dan jika kamu berpaling membelakangkan tiga perkara itu, maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan peroleh azab hari kiamat yang besar huru-haranya

  1. Allah mengukuhkan kedudukan orang yang meminta ampun kepadaNya

Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa, orang yang selalu mengucapkan istighfar memohon keampunanNya, Allah akan mengukuhkan kedudukannya. Kalau hari ini dia berharta, terus berharta. Kalau hari ini sihat, in-sya Allah terus sihat. Kalau hari ini mulia, terus dimuliakan oleh Allah s.w.t.

  1. Allah akan memberikan hidayah kepada orang yang bertaubat

Allah s.w.t memberkati nikmat yang diberikan dan menjadikan usaha orang yang bertaubat itu sebagai sebab bagi Allah memberikannya hidayah. Orang yang selalu bertaubat akan sentiasa diberkati dan diberikan kejayaan dalam hidupnya di dunia ini.

Firman Allah s.w.t:-

لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُّسْتَقِيماً

Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus.

  1. Orang yang bertaubat, dikurniakan rasa ketaqwaan kepada Allah

Orang yang bertakwa adalah orang yang merasakan dirinya hampir dengan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:-

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍمِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

 Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

  1. Orang yang bertaubat, diperkenankan doa-doanya oleh Allah

 Firman Allah s.w.t:-

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحاً قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُّجِيبٌ 

Dan kepada Tsamud (kami utus) saudara mereka Soleh. Soleh berkata: “Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunanNya, kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya, Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hambaNya).”

  1. Allah memberikan pengampunan kepada orang yang bertaubat

Setelah meninggal, Allah s.w.t akan mengampunkan kesalahan orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah ketika hayatnya di dunia.

Firman Allah s.w.t:-

وَعَدَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ

 Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: