اَلْجَبَّارُ

AL – JABBAR

ALLAH YANG MAHA BERKUASA MENCUKUPKAN

Dalam membicarakan nama-nama Allah dalam rantaian Asmaul Husna, kita akan membicarakan nama Allah al-Jabbar. Di antara nama-nama Allah dalam rantaian Asmaul Husna ialah nama Allah al-Jabbar. Al-Jabbar membawa maksud berkuasa. Jadi, apakah perbezaan Allah al-Qadir? Kerana al-Qadir juga membawa maksud berkuasa. Begitu juga al-‘Aziz yang bermaksud mulia, perkasa dan berkuasa. Tetapi yang membezakan ketiga-tiga nama ini ialah, Allah al-Jabbar ialah Allah berkuasa dalam erti kata berkuasa mencukupkan segala keperluan dan memperbaiki keadaan seluruh hambaNya

  1. Allah memberikan kecukupan kepada orang yang berusaha

Firman Allah s.w.t:-

 لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

 

Bagi mereka apa yang mereka usahakan, bagi mereka apa yang mereka usahakan.

  1. Allah memberikan kecukupan kepada orang yang bertawakkal

Firman Allah s.w.t:-

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

 Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Apakah yang dimaksudkan dengan tawakkal?

Kebanyakan masyarakat memahami maksud tawakal ialah berserah. Maksud sebenar tawakkal ialah baki usaha yang tidak mampu dilaksanakan maka kita berserah kepada Allah s.w.t.

  1. Allah memberikan kecukupan kepada orang yang berdoa

Firman Allah s.w.t:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.

Para ahli hadis mentafsirkan hadis ini kepada dua keadaan. Yang pertama, bacaan ‘amin’ secara zahir dan yang keduanya berbalik kepada maksud ‘amin’ itu sendiri, iaitu:-

  • Istami’: Dengarlah. Maksudnya, mana-mana doa yang hendak dibaca hendaklah difahami.
  • Taqabbal: Terimalah. Maksudnya, menerima hakikat diri sendiri. Contohnya, jika kita meminta dari Allah untuk diberikan kesenangan tetapi kita malas untuk berusaha. Maka di sini, kita perlu terima hakikat sifat malas yang ada dalam diri itu dan berusaha untuk mengubah diri.
  • Istajib: Tunaikanlah. Maksudnya, tunaikan hak doa. Contohnya, sekiranya seseorang itu seorang tentera, kita berdoa untuk mendapat kemenangan jadi, kita hendaklah turun ke medan perang untuk mendapatkan kemenangan itu. Hendaklah kita berusaha disamping berdoa kepada Allah s.w.t.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

 

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: