اَلْخَالِقُ

AL-KHOLIQ

ALLAH YANG MAHA PENCIPTA

Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna iaitu Allah al-Kholiq yang membawa maksud Allah Yang Maha Pencipta.

Tujuan penciptaan makhluk

Setiap penciptaan pasti ada tujuannya, tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Di sini penulis hanya ingin mengambil tiga jenis makhluk yang Allah ciptakan untuk dibahaskan tujuan penciptaannya.

  1. Tujuan penciptaan malaikat

Kenapa Allah menciptakan malaikat?

Malaikat mempunyai tugasan masing-masing. Setiap malaikat mempunyai tugasnya yang tersendiri. Sebagaimana yang diketahui umum, tugas malaikat ialah:-

  • Menyampaikan wahyu, tugas ini ditugaskan kepada malaikat Jibril.
  • Menyampaikan rezeki pula, ditugaskan kepada malaikat Mikail.
  • Mencabut nyawa, ditugaskan kepada malaikat Izrail.
  • Tugas meniup sangka kala diberikan kepada malaikat Israfil.
  • Menyoal di dalam kubur, ditugaskan kepada malaikat Mungkar dan Nakir.
  • Mencatat amalan kebaikan dan keburukan, ditugaskan kepada malaikat Raqib dan ‘Atid.
  • Menjaga neraka, tugas ini ditugaskan kepada malaikat Malik.
  • Menjaga syurga, ditugaskan kepada malaikat Ridwan.

Firman Allah s.w.t:-

لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 Dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

  1. Tujuan penciptaan makhluk-makhluk yang berada di muka bumi

Fokus kepada makhluk yang berada di bumi sahaja. Sebagaimana ayat yang disebutkan di atas menerusi surah al-Baqarah, Allah berfirman:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.

Segala apa yang Allah jadikan di muka bumi ini tidak sia-sia. Binatang-binatang dijadikan untuk berkhidmat kepada manusia. Apa sahaja yang dijadikan adalah untuk manusia.

  1. Tujuan penciptaan manusia dan jin

Seterusnyaan penciptaan , apakah tujuan manusia dan jin?

Allah menyatakan tujuan penciptaan manusia dan jin melalui firman Allah s.w.t:-

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.

Manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Namun, terdapat tujuan yang khusus kepada penciptaan manusia, iaitu untuk menjadi khalifah maksudnya pentadbir. Kita merupakan pentadbir dalam dunia ini. Oleh itu, kita perlulah membangunkan dunia yang Allah anugerahkan ini.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: