اَلْخَافِضُ

AL-KHOOFIDH

ALLAH YANG MAHA MERENDAHKAN

Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna iaitu Allah s.w.t al-Khoofidh yang bermaksud Allah yang Maha Merendahkan.

  1. Allah s.w.t merendahkan hambaNya yang jahil ataupun meninggalkan ilmu

Jahil ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

  • Apabila seseorang itu malas untuk menuntut ilmu.
  • Apabila seseorang itu rasa cukup dengan ilmu yang ada pada dirinya.

Hadis Nabi s.a.w:

اطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Hadis Nabi s.a.w lagi:

اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ مُحِبًّا ، وَلا تَكُنِ الْخَامِسَ فَتَهْلِكَ 

Jadilah orang yang mengajarkan ilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima maka kamu akan binasa.

  1. Allah s.w.t merendahkan orang yang suka menangguh kerja

Hadis Nabi s.a.w:

هَلَكَ الْمُسَوِّفُونَ

Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerjanya.

Firman Allah s.w.t:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً

Dan jangan sesekali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok nya”.

Berdasarkan ayat di atas, Allah s.w.t menjelaskan kepada kita janganlah sesekali menangguhkan kerja pada hari ini ataupun pada keesokan harinya ataupun pada waktu yang lain. Setiap pekerjaan yang boleh diselesaikan pada waktu itu, maka selesaikanlah ia secepat mungkin. Setelah itu mulakanlah pekerjaan yang baru untuk memajukan diri.

  1. Allah s.w.t merendahkan orang yang malas

Apakah perbezaan sifat malas dan sifat bertangguh?

Malas ialah satu tabiat yang tidak mahu melakukan sesuatu perkara itu dan sentiasa memberikan alasan. Manakala, bertangguh adalah satu tabiat yang suka melambatkan sesuatu perkara, sedangkan perkara itu mampu untuk diselesaikan dengan cepat.

  1. Allah s.w.t merendahkan orang yang tidak memperbaiki dosa dan keaibannya

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa berasal daripada kelemahan manusia itu sendiri. Justeru itu, hendaklah kita sentiasa memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan berusaha meningkatkan kelemahan yang ada pada diri. Janganlah membiarkan diri kita berterusan berada di dalam kelemahan.

  1. Allah s.w.t merendahkan orang yang tidak meningkatkan akhlaknya

Akhlak boleh dibahagikan kepada 4 bentuk;

  • Akhlak dengan Allah s.w.t.
  • Akhlak dengan diri.
  • Akhlak dengan manusia
  • Akhlak dengan makhluk makhluk yang lain.

Dalam Islam, tidak dikatakan orang yang berakhlak jika hanya ada sifat sahaja dalam hati tetapi tidak menjaga sikapnya, begitu juga sebaliknya. Contohnya, ada segelintir orang yang tidak menjaga tutur kata ketika bercakap, tetapi hatinya baik. Itu tidak dikira berakhlak mengikut ajaran Islam

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

Untuk Pembahasan Penuh

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami:

Menu