اَلْمَلِكُ

AL – MALIK

ALLAH YANG MAHA MENGUASAI

Kita adalah makhluk yang dimiliki oleh allah s.w.t. Di antara nama-nama allah yang maha mulia dalam rantaian asmaul husna ialah allah al-malik. Apabila membicarakan mengenai sifat allah yang maha menguasai, kita akan membicarakan mengenai tiga perkara :-

1. Allah yang menguasai dengan sepenuhnya

Allah menguasai alam ini dengan sepenuhnya. Ini bermakna, penguasaan Allah tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Penguasaannya mutlak dan tidak bergantung pada sesiapa dan apa sekalipun.

 

Setelah itu, mereka terfikir cara untuk meletakkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah api itu. Akhirnya, mereka mencampakkan sahaja Nabi Ibrahim hingga ke tengah-tengah api. Akan tetapi, apabila Allah berfirman:-

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْداً وَسَلَاماً عَلَى إِبْرَاهِيمَ

“Wahai api menjadi sejuklah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”.

2. Segalanya adalah milik Allah s.w.t

Segala apa yang ada adalah merupakan milik Allah s.w.t dan di bawah kekuasaanNya.  Apa yang ada pada manusia sebenarnya adalah milik Allah s.w.t. Kita hanya diberi hak penjagaan ke atas sesuatu perkara dan dengan hak itulah kita pemilikan ke atas sesuatu untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.

 

Firman Allah s.w.t:-

وَلِلّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللّهُ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu

 3. Kehebatan dan keagungan hanya ada pada Allah

Kehebatan dan keangungan hanya ada pada Allah s.w.t. Manusia pula, hanyalah hambaNya yang kerdil. Seluruh yang ada di alam ini telah bertasbih dan mengagungkan, hanya kita bangsa manusia sahaja yang sering lupa pada Allah al-Malik.

 

Firman Allah s.w.t:-

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah, bagiNya lah kuasa pemerintahan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

Kita manusia sahaja yang lupa bertasbih kepada Allah s.w.t. Ini kerana, kadang kala kita lupa pada kekuasaan Allah s.w.t. Sedangkan Allah adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami:

 

 

 

Menu