اَلْمُهَيْمِنُ
AL-MUHAIMIN
ALLAH YANG MAHA MENJAGA, MENGAWASI DAN MELINDUNGI
Nama Allah yang ketujuh iaitu Allah al-Muhaimin. Di antara nama-nama Allah dalam rantaian Asmaul Husna ialah Allah al-Muhaimin yang membawa maksud Allah Yang Maha Menjaga, Mengawasi dan Melindungi semua makhluk di muka bumi ini.
1. Allah Yang Maha Mengawasi dan Melindungi makhluk-makhlukNya daripada kerosakan
Tujuan agama diturunkan ialah sebagai panduan hidup untuk kesejahteraan manusia. Agama merupakan penghubung seseorang hamba dengan Allah s.w.t. Orang yang beragama mempunyai tali penghubung antara dia dan Allah s.w.t. Jika tiada agama, maka tiadalah tali penghubung tersebut.
Oleh kerana itu, orang yang tidak beragama hidupnya kucar-kacir berikutan tidak ada panduan daripada Allah s.w.t untuk mereka menjalani kehidupan dengan baik di dunia ini.
i) Menjaga akal
Agama menjaga akal kerana itulah setiap manusia diharamkan minum arak dan apa-apa yang boleh merosakkan fikiran.
ii)Menjaga harta
Agama menjaga harta yang dimiliki setiap manusia. Tidak boleh sesuka hati mengambil harta orang lain.
iii) Menjaga nyawa
Agama menjaga nyawa yakni menghormati nyawa orang lain. Agama bukan sahaja melarang membunuh orang lain secara langsung bahkan tidak boleh juga membunuh secara tidak langsung. Begitu juga, tidak boleh sesuka hati memukul dan mencederakan orang lain.
iv) Menjaga keturunan
Agama menjaga keturunan kerana itu agama melarang perhubungan di luar nikah dan penzinaan.
Agama tidaklah membebankan sebaliknya ia memelihara setiap jiwa. Demikian itu, Allah s.w.t menyebut bahawa:-
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ
Dan Kami turunkan kepada kamu wahai Muhammad kitab al-Quran dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah ada dihadapannya dan untuk memelihara serta mengawasinya.
2. Allah Yang Maha Memelihara dan Melindungi manusia daripada syaitan
Antara bentuk gangguan syaitan adalah dengan bisikan
Firman Allah s.w.t :-
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Yang membisik-bisikkan pada hati manusia.
Dibisikkan keraguan, kebencian dan prasangka buruk. Ulama’ menyebut bahawa, kita boleh mengenal antara bisikan nafsu dan bisikan syaitan. Bisikan nafsu ini merengek. Adapun, bisikan syaitan pula ianya merancang sama ada melalui bisikan ataupun gangguan yang boleh merosakkan iman. Oleh kerana itu, Allah ada mengajar bacaan tertentu untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan.
3. Allah Yang Maha Memelihara dan Melindungi manusia daripada azabNya
Azab Allah s.w.t boleh datang dalam pelbagai cara. Berdasarkan al-Quran, terdapat sebahagian manusia yang dihapuskan oleh Allah secara zahir.
Firman Allah s.w.t :-
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
Dan kaum ‘Ad dihancurkan dengan angin yang bertiup sangat kuat.
Inilah yang berlaku kepada kaum ‘Ad. Allah s.w.t telah menghancurkan mereka dengan tiupan angin yang sangat kuat. Ada sebahagiannya pula Allah menghancurkan mereka secara batin yakni dari sudut hati mereka. Sebagaimana contoh yang berlaku kepada Namrud. Ketika dia merasakan Nabi Ibrahim a.s itu sebagai cabaran kerajaannya, dia tidak merasa senang dan tenang.
Allah tidak akan menurunkan sesuatu azab kecuali setelah seseorang itu diberi peringatan. Peringatan ini datang dalam pelbagai bentuk samada teguran dari orang, teguran dari apa yang dibaca, didengar dan sebagainya.
Kerana itulah, setiap orang perlu peka dengan apa yang telah dijalaninya dan yang terjadi di sekelilingnya. Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia melainkan ada hikmah dan kebaikannya.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: