اَلْمُؤْمِنُ

AL-MUKMIN

ALLAH  YANG MAHA MEMBERI KEAMANAN

Allah memberikan keamanan di dalam hati manusia. Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna ialah Allah al-Mukmin yang bermaksud Allah Yang Maha Memberi Keamanan. Keamanan hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang beriman. Setiap hamba yang beriman tidak mempunyai rasa takut pada urusan dunia mereka. Mereka takut hanyalah kepada Allah s.w.t.

  1. Manusia takutkan sakit dan juga kematian

Pada hari ini kita melihat orang dimandikan, dikafankan dan diusung ke kubur. Kemudian, pada satu hari nanti pasti kita juga akan dimandikan, dikafankan dan diusung ke kubur. Cumanya, bila dan di mana kematian itu kita tidak mengetahuinya. Allah menyembunyikan kematian adalah untuk kebaikan manusia.

Firman Allah s.w.t:-

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenar-benarnya. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

  1. Manusia takut pada kegagalan

Manusia sangat takut menemui kegagalan dalam hidupnya. Sedangkan, Allah menyatakan bahawa seseorang itu akan dikurniakan apa yang telah diusahakannya.

Firman Allah s.w.t:-

وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَلِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan dirugikan.

  1. Manusia takut diperkatakan orang lain

Manusia sering merasa risau akan kata-kata orang lain terhadap diri mereka. Memikirkan kata-kata orang lain akan menyebabkan seseorang itu takut untuk meningkatkan dirinya. Kerana itulah, antara ciri-ciri orang beriman ialah dia tidak menghiraukan apa orang lain kata selagi mana apa yang dilakukan itu bertepatan dengan syarak.

 

  1. Manusia takut akan kemiskinan

Perasaan takut akan kemiskinan menyebabkan seseorang itu berani terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan Allah.

 

  1. Manusia takut kehilangan kasih sayang

Orang yang beriman tidak mempunyai perasaan takut akan kehilangan kasih sayang. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa ciri-ciri orang beriman ialah mereka tidak takut hilangnya kasih sayang.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT+

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami:

Menu