اَلْمُصَوِّرُ
AL-MUSAWWIR
ALLAH YANG MAHA MEMBENTUK RUPA
Di antara nama-nama Allah s.w.t yang agung ialah Allah al-Musawwir yang bermaksud Allah Yang Maha Membentuk Rupa. Apabila kita berbicara mengenai Allah s.w.t al-Musawwir ini, kita akan bicarakan dalam tiga sudut
- Maha Kaya Allah dalam membentuk sesuatu rupa
Allah itu Maha Kaya dalam pembentukan rupa. Berbagai bentuk dan rupa makhluk diciptakan. Walaubagaimanapun, ciptaan manusia adalah yang paling baik dan sempurna. Manusia diciptakan dengan sempurna untuk memikul tugas sebagai seorang khalifah iaitu, pentadbir muka bumi ini. Akan tetapi, ramai manusia yang lupa akan tugas ini.
Di dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:-
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ * الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ * فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ
Wahai manusia, apakah yang memperdayakanmu berlaku derhaka kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah. Tuhan yang telah mencipta dan mengaturkan kejadianmu lalu menjadikan anggota sesuai dengan tujuan kerana anggota itu diadakan serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya Dia menyusun kejadianmu.
- Allah mampu membentuk sesuatu perkara dengan diriNya sendiri
Allah Yang Maha Kuasa mampu membentuk sesuatu perkara dengan diriNya sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa atau apa pun. Pada hari ini, seorang tukang jahit yang mahir, terkenal dan cantik jahitannya tetap memerlukan manusia lain sebagai sokongan belakangnya. Jika tidak ada kain yang terbaik, bagaimana mungkin dia boleh menghasilkan baju yang cantik. Tukang jahit itu tetap bergantung kepada orang yang menanam kapas, orang yang membuat benang, orang yang membuat mesin jahit dan yang lain-lainnya juga untuk dia menjadikan sehelai baju.
Allah s.w.t itu Maha Pencipta, firman Allah s.w.t:-
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ
Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” Maka terjadilah ia.
- Sempurnanya ciptaan Allah al-Musawwir tanpa ada kecacatan
Dalam al-Quran, Allah s.w.t firman :
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Dia-lah Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah dan Dia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu dan kepada-Nya lah tempat kembali.
Allah s.w.t jadikan rambut sebagai mahkota. Allah jadikan mata, hidung dan mulut kita di tempat yang sama dan sebagainya lagi.
Ciptaan Allah s.w.t itu tidak ada satu pun yang kurang. Mengikut Tafsir at-Tobari, manusia ketika di syurga kelak, kulitnya lebih cantik lagi, tiada yang berkulit gelap dan kulit ahli syurga ketika itu seperti warna kuku kita hari ini. Semua ahli syurga sama sahaja.
Sesungguhnya, Allah s.w.t itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Bagi yang berada dalam limpahan nikmat, mohonlah kepada Allah supaya dikekalkan nikmat itu. Selain itu, mohon supaya Allah kekalkan kesihatan, keimanan dan ketenangan. Andai kata diri sedang diuji, maka mintalah kepada Allah supaya Allah tunjukkan jalan keluar bagi setiap permasalahan kita. Sebesar mana pun masalah, jika ada jalan keluarnya maka masalah itu akan menjadi kecil. Adapun, sekecil mana masalah, jika tiada jalan keluar, maka ianya menjadi masalah yang besar.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: