اَلْمُتَكَبِّرُ
AL-MUTAKABBIR
ALLAH YANG MAHA AGUNG
Allah yang Maha Agung dan kita hanyalah hamba Allah s.w.t yang amat kerdil. Apabila seseorang tidak membesarkan Allah, dunia menjadi matlamat hidupnya. Apabila dunia menjadi matlamat hidup, seseorang lebih menghargai kehinaan daripada kemuliaan. Jadi, di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantai Asmaul Husna iaitu Allah al-Mutakabbir, Allah Yang Maha Agung. Nama ini adalah antara nama Allah s.w.t yang mana, tidak boleh seseorang hamba bersifat dengannya kerana keagungan hanya milik Allah sahajalah.
- Keagungan Allah pada hebatnya ciptaanNya
Allah menyulami kehebatan pada ciptaanNya. Sebagaimana yang dapat dilihat pada kejadian langit yang terapung-apung tanpa memerlukan tiang, kejadian pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam.
Firman Allah s.w.t:
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ
Allah serapkan malam pada siang dan Allah serapkan siang pada malam.
Keagungan Allah al-Mutakabbir juga dapat kita lihat pada kekuasaan Allah mentadbir sekalian alam. Dia tidak pernah letih atau hilang daya dalam mentadbir alam ini.
Di dalam al-Quran Allah berfirman:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِن شَفِيعٍ إِلاَّ مِن بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلاَ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang dapat memberi syafaat kecuali dengan izinNya. Zat yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, Maka sembahlah Dia. Maka, adakah kamu tidak mengambil pelajaran?
- Keagungan Allah pada kekekalanNya
Keagungan Allah al-Mutakabbir ini juga dapat dilihat dengan kekalnya zat Allah s.w.t. Ketika mana semua makhluk binasa dan hancur, Allah al-Mutakabbir tetap kekal agung dengan kekuasaanNya.
Sebagaimana firman Allah:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Setiap yang ada akan binasa. Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Jika ada di antara manusia yang cuba untuk memakai sifat Allah al-Mutakabbir, manusia itu akan mewarisi lima perkara
- Hati yang mati
- Terhalang daripada mendapat hidayah
- Hilang rahmat Allah s.w.t
- Hilang keberkatan dalam hidup
- Hilang ketenangan hati
Secara kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa menjaga hati kita agar tidak bersifat dengan sifat mutakabbir atau merasa sombong dan bongkak. Ini kerana, sifat ini hanyalah milik Allah s.w.t sahaja, tiada manusia yang layak memiliki sifat mutakabbir.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: