اَلْقَابِضُ

AL-QABIDH

ALLAH YANG MAHA MENYEMPITKAN

Al-Qabidh merupakan salah satu asma’ Allah s.w.t. Allah al-Qabidh yakni Allah s.w.t Maha Menyempitkan.

  1. Allah s.w.t berkuasa atas segalanya

Allah s.w.t menyempitkan rezeki hambanya untuk menunjukkan kekuasaan dan menunjukkan bahawa kita semua tertakluk di bawah kekuasaanNya. Walaupun secanggih mana ciptaan teknologi manusia dari Timur ke Barat, tetap tidak dapat melawan kekuasaan Allah. Sejauh mana kita menjaga sesuatu perkara, andai Allah berkehendak untuk menyempitkan atau menjadikan sesuatu keadaan itu keadaan yang tidak diingini. Allah s.w.t berkehendak untuk melakukannya dan menunjukkan kekuasaanNya.

  1. Belum tiba masa yang sesuai Allah s.w.t menunjukkan jalan keluar dari ujiannya

Ketika berlaku kesempitan itu, kadang kala kesempitan itu tidak berlaku secara berpanjangan, sebenarnya Allah s.w.t masih belum menunjukkan jalan keluar kepada hambanya yang diuji, kerana waktunya masih belum sesuai.

Dalam al-Quran Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

  1. Kesempitan hidup ujian kerana balasan dosa

Kesempitan hidup juga boleh disebabkan oleh dosa-dosa yang telah dilakukan dan sebagai bala ke atas hamba yang melakukannya. Ulama’ juga ada menyatakan bahawa jangan kita memperkecilkan dosa yang telah dilakukan walaupun dosa kecil, kerana dibimbangi, Allah s.wt murka terhadap perbuatan itu dan memberikan balasan secara terus terhadap hambanya yang melakukan perbuatan itu. Allah s.w.t bersifat al-Qabidh, pada bila-bila masa sahaja Allah berkehendak untuk membalas setiap perlakuan hambanya. Allah s.w.t Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:

فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ * وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ * سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُوماً فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ

Sedangkan kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras. Sedangkan kaum ‘Aad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).

  1. Kaffarah dosa dengan cara bertaubat kepadaNya

Penghapusan dosa bagi hamba Allah s.w.t adalah dengan cara melalui jalan taubat kepadanya. Namun, ada sebahagian daripada hamba Allah s.w.t yang tidak mahu bertaubat. Mungkin kerana mereka masih belum sedar tentang dosa yang dilakukannya disebabkan kekurangan ilmu ataupun sebab-sebab yang lain. Allah s.w.t mendatangkan kesusahan sebagai penghapusan dosa bagi mereka. Ujian-ujian yang Allah berikan adalah selayaknya bagi hambanya. Dugaan yang diturunkan juga adalah selaras dengan tahap keimanan seseorang itu.

  1. Meningkatkan darjat di sisi Allah s.w.t

Ada keadaan dimana Allah s.w.t memberikan kesempitan dalam kehidupan kepada hambanya untuk meningkatkan darjat mereka. Ketika mana seseorang itu dilahirkan dan diberi nama, dia juga akan meninggal dunia dengan namanya itu. Di sisi Allah s.w.t, semua manusia lahir dengan hanya satu nama iaitu Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tetapi apabila meninggal dunia, namanya tidak lagi sama. Ada yang lahir dengan nama Abdullah dan meninggal dengan nama al-Muttaqin yang bermaksud orang yang bertaqwa. Ada yang lahir dengan nama Abdullah dan meninggal dengan nama Ashabul Yamin yang bermaksud golongan kanan yang diberi nikmat.

  1. Allah memberikan ujian untuk menguji keimanan hambaNya

Keadaan sempit diturunkan kepada seseorang itu kerana Allah mahu menguji keimanannya.

Dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman:-

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ۝ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

  1. Menambahkan pahala hambaNya dengan didatangkan ujian

Kesempitan dan kesusahan yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah untuk menambah pahala hamba-hambanya. Pahala yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada dua bentuk;

  1. Pahala kesabaran

Orang yang bersabar dalam ujian yang diberikan oleh Allah akan mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

  1. Pahala berusaha

Berusaha untuk memperbaiki keadaan, dengan izin Allah s.w.t akan memperoleh pahala daripada keberkatannya. Jangan hanya mengeluh atau merungut kerana ianya tidak akan memberi apa-apa manfaat dalam kehidupan kita. Malahan ia juga akan membuka ruang untuk syaitan masuk ke dalam diri kita. Perbanyakkanlah berdoa dan mohon petunjuk dari Allah s.w.t.

  1. Pengganti kepada sesuatu yang lebih baik

Allah menyempitkan sesuatu itu kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ketika di dunia ataupun di akhirat. Anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada kita sebagai hambanya amat luas ia tidak berhujung dan tidak bertepi.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

Untuk Pembahasan Penuh

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: