اَلقَهَّارُ

AL-QAHHAR

ALLAH YANG MAHA BERKUASA

Di antara nama-nama Allah Yang Maha Mulia ialah Allah al-Qahhar. Allah al-Qahhar bermaksud Allah Maha Berkuasa dan segala makhluk mengikut kehendakNya. Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa, sesetengah kitab menterjemahkan asma’ Allah al-Qahhar ialah memaksa yang mana segala makhluk mengikut kehendak Allah s.w.t. Ayat rujukan untuk Allah al-Qahhar dipetik dari surah Yusuf.

  1. Manusia tiada pilihan dalam sebahagian ketetapan (طَوْعًا وَكَرْهًا)

Terdapat sebahagian perkara yang telah ditetapkan oleh Allah, tiada pilihan bagi manusia (طَوْعًا وَكَرْهًا). Manusia terpaksa mengikut ketetapan yang ditetapkan itu. Antaranya dalam hal berkaitan:-

  • Kematian

Kematian perlu dihadapi oleh setiap manusia.

Firman Allah s.w.t:

فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

Bilakah berlakunya kematian, di mana dan siapa yang menghadapinya, tiada siapa yang mengetahui melainkan Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah meletakkan sesuatu perkara di atas takdirNya.

  • Bencana

Dalam hal berkaitan dengan bencana, ianya tidak diberikan pilihan kepada manusia. Sebagaimana berlakunya bencana seperti Tsunami di Acheh dan lain-lain bencana lagi.

  • Sakit

Tiada siapa yang menginginkan sakit. Namun, sakit itu adalah ketentuan daripada Allah s.w.t datangnya tanpa diundang.

  • Kejadian

Kejadian yakni sebagaimana Allah menciptakan seseorang yang tergolong dalam golongan ‘Orang Istimewa’. Tiada siapa yang mahu menjadi orang istimewa.

  • Kehidupan

Hidup di atas dunia, tiada siapa yang meminta kepada Allah untuk dilahirkan ke dunia ini. Tetapi, Allah telah menetapkan siapa yang terpilih lahir ke dunia ini untuk mengabdikan diri kepadaNya. Begitu juga jodoh pertemuan. Semuanya telah diaturkan oleh Allah s.w.t.

  1. Manusia diberikan pilihan dalam sesuatu perkara

Kadang kala dalam kehidupan ini, Allah s.w.t berikan pilihan atau ikhtiar kepada hambaNya. Allah al-Qahhar mengizinkan hambaNya membuat pilihan sendiri. Seseorang usahakan untuk mendapatkan rezeki, maka Allah s.w.t mengizinkan rezeki tersebut dapat kepadanya.

  1. Allah mentakdirkan sesuatu bukan daripada kehendak hambaNya

Terdapat sebahagian orang, yang mana dirinya sendiri tidak pernah terlintas untuk mendapatkan sesuatu perkara, tetapi Allah mentakdirkan perkara tersebut untuk dirinya.

Firman Allah s.w.t:-

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

 Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hambaNya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

  1. Allah mentakdirkan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak hambaNya

Allah mentakdirkan sebaliknya daripada apa yang dikehendaki oleh hambaNya. Seseorang yang berusaha untuk sesuatu yang diingininya. Namun, sesuatu yang lain pula diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya. Kenapa? Kerana perkara itu adalah telah ditakdirkan untuknya.

  1. Allah menetapkan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak hamba-hambaNya (kehendak ramai)

Semua manusia akan dikumpulkan suatu hari nanti. Oleh yang demikian, kuatkanlah keimanan, keyakinan dan pergantungan kepada Allah s.w.t. Di samping itu, perbanyakkan berdoa kepadaNya.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: