اَلْقُدُسُ

AL – QUDDUS

ALLAH  YANG  MAHA SUCI

Kita wajib menyucikan akidah kita daripada kekotoran akidah. Di antara nama-nama Allah yang mulia ialah Allah al-Quddus iaitu Allah Yang Maha Suci. Apabila kita membicarakan mengenai Allah Yang Maha Suci ini kita akan bicarakan daripada lima perkara :-

  1. Maha Suci Allah tiada tuhan selain daripadaNya

Kita hendaklah menyucikan Allah s.w.t daripada kepercayaan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah.

 

Di dalam al-Quran, Allah berfirman:-

أَمْ لَهُمْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ataukah mereka mempunyai Tuhan selain Allah. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Jadi yang pertama sekali, Maha Suci Allah daripada kepercayaan ada tuhan selain daripada Allah s.w.t.

  1. Maha Suci Allah daripada mempunyai bentuk

Kita hendaklah mensucikan Allah daripada kepercayaan bahawa Allah mempunyai bentuk-bentuk yang tertentu. Maha suci Allah juga mempunyai bentuk-bentuk yang digambarkan oleh akal fikiran manusia. Ini kerana, akal kita tidak mampu untuk menggambarkan zat Allah s.w.t. Selagi mana ia boleh digambarkan selagi itu bukan Allah.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman:-

أَيُشْرِكُونَ مَا لاَ يَخْلُقُ شَيْئاً وَهُمْ يُخْلَقُونَ

Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatupun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan manusia.

  1. Maha Suci Allah daripada sekutu bagiNya

Maha Suci Allah daripada disyirikkan. Hendaklah kita mensucikan Allah dan tidak mempersekutukanNya. Syirik membawa maksud menduakan atau mempersekutukan Allah. Orang yang syirik adalah orang yang percaya kepada Allah s.w.t tetapi, dalam masa yang sama dia turut mempercayai bahawa ada kuasa yang lain selain daripada kuasa Allah s.w.t.

  1. Maha Suci Allah daripada sifat-sifat yang buruk

Seterusnya, hendaklah kita mensucikan Allah daripada segala sifat yang buruk. Ada di kalangan manusia yang menyangka Allah itu tidak adil, zalim dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

 

 

  1. Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan

Maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Mustahil Allah itu lemah, tidak berkuasa dan terbatas kuasaNya. Oleh yang demikian, hendaklah kita mensucikan keyakinan kita daripada menyangka bahawa Allah itu mempunyai sifat kekurangan.

 

Prinsip berdoa:-

i. Keyakinan

Nabi s.a.w menyatakan bahawa, Allah tidak memustajabkan doa dan tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai dan juga sambil lewa. Oleh yang demikian, perlu adanya kesungguhan dan keyakinan ketika berdoa.

 

ii. Tidak malas

Jangan pula berdoa, “Ya allah ya Tuhan ku, sebiji la doa macam semalam ya Allah, amin.” Ini adalah doa orang yang malas. Ataupun dia berdoa, “Ya allah ya Tuhan ku macam mana imam tu semalam baca doa, macam itulah juga aku minta doanya, sama ya Allah.”

Namun, tidak dinafikan ada juga orang yang malas dalam berdoa. Elakkan diri daripada malas berdoa. Sesungguhnya, Allah sentiasa menunggu hambaNya meminta kepadaNya.

Demi sesungguhnya, tidaklah seseorang itu memasuki syurga dengan amalan yang dilakukan, akan tetapi dengan keredhaan Allah s.w.t. Jika penghuni syurga memasuki syurga dengan amalan sahaja, pasti tidak cukup amalan yang dilakukan untuk membayar harga sebuah syurga. Namun begitu, setiap hamba tetap perlu melakukan amalan yang baik untuk mendapatkan syurga Allah s.w.t. Dengan kesusahan dan kesungguhan melakukan amalan itulah adanya redha Allah. Maka, usahakanlah untuk mendapat redha Allah.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami:

 

 

 

 

Menu