اَلْوَهَّابُ

AL-WAHHAB

ALLAH YANG MAHA MEMBERI

Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna adalah al-Wahhab, maksud Allah al-Wahhab ialah Allah yang Maha Mengurniakan kepada manusia segala nikmatNya, dan Allah mengurniakan segala nikmat di dunia ini tidak kira kepada manusia yang beriman ataupun yang tidak beriman.

  1. Allah s.w.t menganugerahkan kepada manusia nikmat yang bersifat semula jadi

Nikmat yang semula jadi diberikan kepada manusia untuk mereka hidup dalam keadaan baik, tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya.

Firman Allah s.w.t:

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

 

Dan dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh ciptaanNya. Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan juga hati. Tetapi kamu sedikit sekali yang bersyukur.

  1. Allah mengurniakan nikmat yang mendatang kepada manusia

Nikmat yang mendatang adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah selepas nikmat semula jadi. Nikmat yang mendatang contohnya anak, harta, kesihatan dan sebagainya. Nikmat seperti ini adalah nikmat yang mendatangkan kesenangan hati kita sebagai manusia.

Firman Allah s.w.t:

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثاً وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ * أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَاناً وَإِنَاثاً وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيماً إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Dia menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

  1. Allah s.w.t berkehendak untuk memanjangkan nikmat bagi hambaNya

Nikmat adalah milik Allah s.w.t. Allah s.w.t boleh memberikan nikmatnya itu kepada mana-mana hambanya yang dihendaki dan Allah s.w.t juga boleh menarik balik segala nikmat yang telah diberikan kepada mana-mana hambaNya. Allah s.w.t mampu untuk memanjangkan nikmat seseorang yang telah diberikan nikmat ke atasnya.

Berdoa dan mohonlah kepada Allah s.w.t agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan olehNya. Jangan pula jika tidak mempunyai hajat atau tidak merasakan kesempitan hidup, maka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menceritakan tentang bagaimana seseorang hamba yang mohon agar Allah s.w.t memanjangkan nikmat yang ada padanya:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi Kurnia.”

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: