اَلْرَّافِعُ
AR-RAAFI’
ALLAH YANG MAHA MENGANGKAT DAN MENINGGIKAN
Allah ar-Raafi’ bermaksud Allah Yang Maha Mengangkat dan Meninggikan. Allah ar-Raafi’ adalah salah satu nama yang terdapat di dalam rantaian Asmaul Husna.
- Allah s.w.t mengangkat martabat hambaNya kerana keimanan
Allah boleh mengangkat seseorang itu dengan sebab keimanannya kepada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam al-Quran:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu
Iman bukan hanya semata-mata letaknya di dalam hati. Walaupun iman berasal dari kepercayaan, tetapi ianya merupakan iman yang melahirkan buahnya. Buahnya bermaksud seseorang itu tidak akan berputus asa apabila melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara di dunia ada cabarannya tersendiri, manusia tidak boleh hidup tanpa ada kesusahan dalam kehidupan.
- Allah s.w.t mengangkat martabat hambaNya kerana ilmu
Allah s.w.t meninggikan dan mengangkat darjat seseorang itu dengan jalan ilmu samada diberikannya kelebihan ilmu atau diberikan rasa ingin menuntut ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ يريدُ الله بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ في الدّينِ
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya akan diberi kefahaman dalam agama.
Beruntunglah orang yang sentiasa berada dalam majlis ilmu. Ilmu Allah s.w.t sangat luas. Kejahilan boleh mendatangkan kehinaan kepada seseorang. Ianya boleh berlaku dalam 2 keadaan
- Orang yang malas
- Orang yang merasa cukup dengan ilmunya
- Allah s.w.t mengangkat martabat hambaNya kerana amalan
Firman Allah s.w.t:
مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعاً إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ
Sesiapa yang menghendaki kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencari kemuliaan dengan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah jualah naiknya segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul).
Amal soleh mempunyai lima bentuk, iaitu;
- Amal dalam bentuk diri.
Contohnya, seperti solat, puasa dan menjaga kebersihan diri. Jangan biarkan diri dalam keadaan jahil dan sentiasalah menuntut ilmu semasa kehidupan. Jangan biarkan diri dalam kesedihan yang berpanjangan. Kesedihan akan sentiasa menghantui kehidupan kita jika sering mengingatinya. Oleh itu, amalkanlah memaafkan orang lain kerana dengan memaafkan itu akan membawa kebaikan dalam kehidupan kita.
- Amal dalam bentuk keluarga.
Bagi sebuah keluarga yang harmoni, contohnya ibu melaksanakan peranannya seperti memasakkan hidangan untuk keluarga, manakala ayah mencari nafkah untuk melengkapkan kelengkapan rumah.
- Amal dalam bentuk masyarakat.
Contohnya, majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar, menganjurkan program yang bermanfaat di masjid, di surau, dan mengimarahkan masjid.
- Amal dalam bentuk negara.
Membangunkan negara, berjuang demi negara, menjaga keharmonian negara, dan memakmurkan negara.
- Amal dalam bentuk ummah.
Contohnya menghulurkan bantuan kepada saudara se-islam kita di Palestin dan negara-negara lain yang memerlukan bantuan.
- Allah s.w.t mengangkat martabat hambaNya kerana akhlak
Allah s.w.t akan mengangkat darjat kita dengan akhlak yang baik. Akhlak merupakan peribadi, perangai dan tabiat seseorang itu. Akhlak boleh dibahagikan kepada dua bentuk.
- Bentuk sifat iaitu apa yang ada dalam hati manusia.
- Bentuk sikap iaitu apa yang terzahir pada luaran seseorang.
Nabi s.a.w bersabda:
تَبَسُّمُكَ في وَجْهُ أَخِيكَ لَكَ صَدَقةٌ
Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah sedekah.
- Allah s.w.t mengangkat martabat hambaNya kerana taubat
Islam mengajar kita untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula diri kita. Islam tidak mengajarkan kepada kita untuk memandang kesalahan orag lain. Jika tidak mampu untuk melihat kelemahan diri sendiri, terdapat lima golongan yang boleh menilai dan mampu melihat kelemahan diri kita;
- Guru
- Orang yang bijaksana
- Orang yang menyayangi kita
- Kawan baik
- Musuh
Allah s.w.t berkehendak untuk mengangkat darjat hambaNya dengan lima jalan;
- Keimanan
- Ilmu
- Amalan
- Akhlak
- Taubat
Allah s.w.t menyediakan jalan kepada hambaNya untuk diangkat darjat di sisi Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan kemudahan dan diangkat darjat di sisi Allah s.w.t.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
Untuk Pembahasan Penuh
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: