اَلرَّحْمٰنُ

AR-RAHMAN

ALLAH YANG MAHA PEMURAH

 Di antara salah satu nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna ialah nama Allah ar-Rahman yang bermaksud Allah Yang Maha Pemurah. Pelbagai nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada hamba-hambaNya.

Oleh sebab itu, Allah s.w.t mendatangkan dua perkara pada hambaNya supaya mereka sentiasa dekat dan hmpir kepada Allah. Perkara tersebut ialah:

  1. Hajat
  2. Masalah

Apakah maksud nikmat?

Segala perkara yang memberi kesedapan kepada manusia, maka itulah nikmat. Nikmat itu terbahagi lima bahagian, iaitu:-

1. Nikmat Asasi

Nikmat asasi ialah nikmat yang menyempurnakan seseorang sebagai manusia. Terbahgi kepada dua perkara:-

  • Nikmat semulajadi

Memiliki mata yang boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, udara yang boleh dihirup dan lain-lainnya.

 

  • Nikmat yang diusahakan

Nikmat yang diusahakan pula antaranya ialah, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dengan usaha dan kemurahan Allah s.w.t, maka kita beroleh sesuatu yang lebih baik.

2. Nikmat Qolbiyyah

Nikmat yang menyenangkan hati atau menyuburkan emosi. Sebagai contohnya, harta dan anak-anak.

 

3. Nikmat Badaniyyah

Nikmat badaniyyah ialah kesihatan yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya.

 

4. Nikmat Aqliyyah

Nikmat akal. Pada hari ini kita menuntut ilmu dan dapat memahami apa yang dipelajari. Ianya juga adalah satu nikmat yang dipanggil nikmat aqliyyah.

5. Nikmat iman

Sesungguhnya iman juga merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah. Orang yang mempunyai keimanan akan merasa tenang dalam hidupnya.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan kesemua nikmat daripada Allah s.w.t ini, maka terdapat tiga kaedah yang perlu dilakukan, iaitu:-

1. Berusaha bersungguh-sungguh.

Firman Allah s.w.t:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

2. Bersabar dalam berusaha.

Apabila kita berusaha, pastinya ada halangan yang akan datang menimpa. Oleh kerana itu, kita perlu mendidik kesabaran dalam diri seiring dengan usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendapat nikmat dari Allah s.w.t. Pelbagai ujian yang perlu dilalui untuk mendapat ketenangan dalam kehidupan.

3. Bersyukur kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:

 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,

Setinggi-tinggi nikmat adalah nikmat iman dan Islam. Maka, jagalah kedua-duanya dengan sebaik-baiknya. Orang yang beriman dengan Allah ar-Rahman, akan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana dia meyakini bahawa usahanya itu akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah s.w.t. Bukannya menjadi orang yang malas untuk berusaha.

 

 Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: