اَلرَّزَّاقُ

AR-RAZZAQ

ALLAH YANG MEMBERI REZEKI

Di antara nama-nama Allah, terdapat juga Allah ar-Razzaq, Allah yang Maha Memberi Rezeki. Rezeki adalah anugerah kepada manusia untuk diambil darinya manfaatnya. Allah menurunkan rezeki kepada manusia mengikut keperluan dan juga menurut tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

  1. Allah akan mencukupkan rezeki setiap makhlukNya

Allah akan mencukupkan rezeki setiap makhlukNya, selagi mana ada kehidupan selagi itu disediakan rezeki kepada mereka.

Firman Allah s.w.t:

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَؤُوسٌ كَفُورٌ

Dan tidak ada sesuatu binatang yang melata pun di bumi, melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat menyimpannya semuanya tertulis dalam kitab yang nyata luth mahfuz.

  1. Rezeki itu perlu diusahakan

Rezeki itu perlu diusahakan agar Allah s.w.t memberikan pahala ke atas usaha yang telah dilakukan hambaNya. Allah s.w.t mampu untuk mendatangkan rezeki secara terus kepada hambaNya, tetapi Allah s.w.t mahu kita sebagai hambaNya berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan rezeki tersebut agar Allah s.w.t dapat memberikan pahala ke atas usaha itu.

Firman Allah s.w.t:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya.

  1. Hendaklah menghindari rezeki yang haram

Rezeki yang datangnya dari sumber yang haram hendaklah dihindari. Rezeki yang haram itu merupakan ujian bagi kita. Justeru itu, hendaklah kita menghindarkan diri kita daripada menerima rezeki yang datangnya dari sumber yang haram ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang haram itu?

Antara rezeki yang haram itu adalah;

  • Riba
  • Judi

Judi bukan sahaja yang disebut ‘nombor ekor’, tetapi pertaruhan juga dikira sebagai satu perjudian. Pertaruhan maksudnya, seseorang itu mengharapkan kemenangannya dalam suatu pertandingan dan mengharapkan kekalahan orang lain semata-mata dan orang yang kalah itu menanggung akibat kekalahan itu. Contohnya, dalam permainan golf, pemain yang kalah dalam pertandingan perlu membayar seluruh kos pertandingan itu.

Lain pula jika terdapat pihak ketiga yang menanggung keseluruhan kos pertandingan itu dan pihak ketiga itu tidak terlibat secara langsung di dalam pertandingan itu. Contohnya, pertandingan memancing yang mempunyai yuran pertandingan, dan hadiah dibeli menggunakan duit kemasukan semata-mata. Fatwa menegaskan bahawa mestilah terdapat pihak ketiga sebagai penyumbang dalam pertandingan itu.

  • Harta yang tidak pasti

Harta tidak pasti adalah harta yang tidak boleh dijadikan sebagai sumber. Sebagai contoh pajakan-pajakan yang tidak pasti, atau menjual buah durian dari pokok yang masih belum berbuah dan tidak pasti hasilnya.

  • Memperoleh harta dengan jalan penipuan
  • Menahan hak orang lain

Suami tidak memberi nafkah yang menjadi hak isteri dan anak-anak.

  • Pekerjaan yang haram dan hasil upah yang haram

Contohnya menerima upah untuk pekerjaan membunuh orang lain ataupun melakukan pelacuran.

  • Menjual barang yang haram

Contohnya menjual arak. Adapun, rokok di sesetengah negeri mengatakan haram hukumnya dan ada sesetengah negeri mengatakan hukumnya makruh. Namun, adalah lebih baik untuk kita menghindarkannya.

Dalam bab rezeki, Islam adalah satu agama yang sangat cantik dan Islam itu agama yang mengajar kita daripada kita lahir bagaimana mahu mencari rezeki hinggalah kita meninggalkan dunia.

Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna

yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin

– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT

PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)

Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00

Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami: