اَلْسَّلَامُ
AS – SALAM
ALLAH YANG MEMBERI KESELAMATAN ATAUPUN YANG MENGURNIAKAN KESEJAHTERAAN
Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna adalah Allah as-Salam iaitu Allah s.w.t yang Maha Memberi Keselamatan dan Kesejahteraan.
1. Keselamatan hidup di dunia
Sebagai hamba, kita perlu meminta agar Allah memberikan keselamatan hidup di atas dunia ini. Pelbagai ujian dan rintangan yang terpaksa ditempuhi setiap insan. Kadang kala manusia di uji dengan bencana. Kadang kala datangnya permusuhan, fitnah, kesusahan, kehilangan dan sebagainya.
2. Keselamatan daripada gangguan syaitan
Permusuhan manusia dengan syaitan adalah permusuhan yang tidak bertepi dan tidak berpenghujung. Ini kerana, pada hari manusia diciptakan merupakan hari syaitan terhina. Syaitan akan cuba mengganggu dan menyesatkan seluruh Bani Adam.
3. Keselamatan daripada tipu daya nafsu
kita hendaklah memohon kepada Allah as-Salam agar mengurniakan keselamatan daripada tipu daya nafsu. Allah s.w.t menyatakan bahawa, nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan. Kita tidak akan mampu melawan nafsu tanpa bantuan daripada Allah as-Salam.
4. Keselamatan daripada tipu daya dunia
Dunia ini kehidupan yang menyenangkan tetapi tidak memberikan ketenangan. Itulah sifat dunia. Menyenangkan jika ada harta seumpamanya, tapi semua itu tidak memberikan ketenangan.
5. Keselamatan ketika hampir meninggal
Ketika seseorang menghampiri waktu ajal, dia akan bertarung dengan iblis yang ingin merampas imannya. Justeru itu, hendaklah kita memohon kepada Allah as-Salam agar kita diselamatkan daripada fitnah kematian ini. Jika seseorang mengingati Allah as-Salam ketika hidupnya, pasti Allah as-Salam tidak akan melupakannya ketika dia berada di ambang kematian. Sudah tentu, Allah as-Salam akan menjaganya daripada fitnah kematian. Oleh yang demikian, Allah memerintahkan hambaNya agar memohon kepadaNya untuk mati dalam keadaan Islam
Di dalam al-Quran, Allah berfirman:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam
6. Keselamatan di dalam kubur
Kita juga perlu memohon keselamatan daripada fitnah kubur. Kubur adalah satu di antara dua lubang sama ada lubang keselamatan ataupun lubang seksaaan. Setiap yang meninggal akan dikuburkan dan tanah perkuburan itu adalah antara rumah yang akan kita diami. Maka, mohonlah kepada Allah s.w.t agar kita terselamat daripada fitnah kubur. Terdapat satu doa yang diajarkan kepada umat Nabi s.a.w, ianya boleh dibaca selepas bacaan tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam:
اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, dan dari seksa kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah Dajjal.
7. Keselamatan di padang Mahsyar
- Orang yang suka memakmurkan masjid.
- Orang yang suka bersedekah dengan ikhlas.
- Orang yang menghidupkan waktu malam dengan ibadah.
- Orang yang berkasih sayang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
- Orang yang meninggalkan maksiat yang mampu dia lakukan kerana Allah s.w.t.
- Pemimpin yang adil.
- Orang yang mengalirkan air matanya kerana bertaubat kepada Allah.
8. Keselamatan ketika meniti Titian Sirotol Mustaqim dan keselamatan daripada neraka
Saat manusia menuju ke syurga, mereka perlu melalui satu jalan yang dipanggil Titian Sirotol Mustaqim yang mana di bawahnya terdapat nyalaan api neraka.
Allah jualah yang memberikan keselamatan. Kita sebagai hamba, hanya mampu memohon kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t memberikan keselamatan kepada kita. Selamat daripada kelapan-lapan perkara yang telah dibincangkan di atas. Mudah-mudahan Allah beri keselamatan kepada kita.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: