Moelife Membantu Ramai Orang Yang Mengalami Gangguan Emosi
Anda Mengalami Gangguan Tidur?
Rasa Letih Dengan Rutin Harian?
Susah Fokus Pada Kerja dan Kerja Rumah?
Anda Mengalami Anxiety?
MOELIFE suplimen kesihatan PATUH SYARIAH, BEBAS DADAH menggunakan 100% HERBA KUALITI TINGGI bahan semulajadi DI JAMIN SELAMAT dengan kelulusan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan DI JAMIN HALAL yang mampu memberikan ketenangan fikiran untuk lebih fokus dalam suatu pekerjaan, mampu memberikan tidur yang lena dan rehat yang secukupnya buat anda.
Testimoni:
“Saya alami Anxiety Disorder yang teruk. Akibatnya saya tidak boleh tidur dengan lena selama beberapa minggu. Tidur hanya sekadar pejam mata sedangkan otak sedang memikirkan segala kemungkinan buruk yang bakal terjadi esok hari. Gangguan tidur ini menyebabkan emosi saya sangat terganggu, tak boleh fokus pada suatu perkara kerana tidak cukup tenaga. Alhamdulilah , Selepas saya mengamalkan makan produk Moelife saya dapat tidur yang lebih berkualiti dan teratur”
Puan Nora (33 Tahun)
Pesakit Anxiety
Antara bahan kandungan semulajadi BERKHASIAT TINGGI yang terkandung di dalam Moelife:
1.Ekstrak bunga Passiflora Incarnata mampu menangani “Insomnia” dan panik berlebihan
2.Bacopa Monnieri dapat membantu mengekalkan ingatan dan membendung penyakit “Alzheimer”
3.Kayu akar Ashwaghanda yang bagus untuk menurunkan kadar gula dalam darah
4.Kunyit dapat mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal tekanan darah tinggi
Anda boleh dapatkan MOELIFE dengan melayari:
atau hubungi
Suasana baru dengan norma baharu adalah sesuatu yang baru bagi semua orang terutamanya di Malaysia.
Nak sesuaikan diri dengan keadaan sekarang bukan mudah bagi semua orang.
Malah ada yang terpaksa dibuang kerja, potong gaji dan lain-lain.
Pergerakan yang sangat terhad menyebabkan ramai orang merasa seperti “terpenjara di rumah sendiri”.
Keadaan seperti ini tidak dinafikan sangat memberi kesan kepada emosi dan tindakan jika tidak diurus dengan baik.
MOELIFE suplimen kesihatan PATUH SYARIAH, BEBAS DADAH menggunakan 100% HERBA KUALITI TINGGI bahan semulajadi DI JAMIN SELAMAT dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan DI JAMIN HALAL yang mampu memberikan ketenangan fikiran untuk lebih fokus dalam suatu pekerjaan, mampu memberikan tidur dan rehat yang lebih berkualiti buat anda.
Testimoni:
“Saya alami Anxiety Disorder yang teruk. Akibatnya saya tidak boleh tidur dengan lena selama beberapa minggu. Tidur hanya sekadar pejam mata sedangkan otak sedang memikirkan segala kemungkinan buruk yang bakal terjadi esok hari. Gangguan tidur ini menyebabkan emosi saya sangat terganggu, tak boleh fokus pada suatu perkara kerana tidak cukup tenaga. Alhamdulilah , Selepas saya mengamalkan makan produk Moelife saya dapat tidur yang lebih berkualiti dan teratur”
Puan Nora (33 Tahun)
Pesakit Anxiety
Ekstrak bunga Passiflora Incarnata mampu menangani “Insomnia” dan panik berlebihan
Bacopa Monnieri dapat membantu mengekalkan ingatan dan membendung penyakit “Alzheimer”
Kayu akar Ashwaghanda yang bagus untuk menurunkan kadar gula dalam darah
Kunyit dapat mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal tekanan darah tinggi
Harga di Pasaran:
RM79.00 Sahaja
(tidak termasuk postage)
Anda boleh dapatkan suplimen kesihatan MOELIFE dengan melayari:
atau hubungi
RM196.00
Out of stock
Produk MOELIFE dapat membantu anda :
1) Menenangkan Anxiety
2) Meningkatkan Fokus
3) Meningkatkan Keseimbangan Hidup
4) Tidur yang lebih berkualiti
Cara penggunaan MOELIFE:
– Mengandungi 30 biji kapsul /botol
– Dewasa hanya satu kapsul dua kali
Kini anda boleh dapatkan MOELIFE dengan setiap pembelian 2 unit PERCUMA:
– E-Book Anxiety
– 5 siri video bagaimana menangani kesedihan
RM158 .00 sahaja ( 2unit )
tidak termasuk postage
RM8.00 postage
RM166.00 sahaja (2unit) termasuk postage
Anda boleh dapatkan suplimen kesihatan MOELIFE dengan melayari :
aminchannel.com
Atau hubungi:
0132893643
Weight | 0.5 kg |
---|
MOELIFE suplimen kesihatan PATUH SYARIAH, BEBAS DADAH menggunakan 100% HERBA KUALITI TINGGI bahan semulajadi DI JAMIN SELAMAT dengan kelulusan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan DI JAMIN HALAL mampu memberikan ketenangan fikiran untuk lebih fokus dalam suatu pekerjaan dan mampu memberikan tidur dan rehat yang lebih berkualiti buat anda.
Bersama Testimoni:
“Saya memang menghidap “Anxiety” takut keluar rumah kerana penyakit berjangkit sampai tahap bumbung rumah macam nak roboh. Kadangkala perasaan takut tu sangat tidak munasabah kerana terlalu risau. Selepas saya mengamalkan MOELIFE Alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaan kini lebih berani dengan berhati-hati untuk keluar dan menjalani kehidupan yang normal dengan norma baharu”
Puan Suzy (35 Tahun)
Pengguna Moelife
Antara bahan kandungan semulajadi berkhasiat tinggi yang terkandung di dalam MOELIFE:
1) Ekstrak bunga Passiflora Incarnata mampu menangani “Insomnia” dan panik berlebihan
2) Bacopa Monnieri dapat membantu mengekalkan ingatan dan membendung penyakit “Alzheimer”
3) Kayu akar Ashwaghanda yang bagus untuk menurunkan kadar gula dalam darah
4) Kunyit dapat mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal tekanan darah tinggi
Cara penggunaan MOELIFE:
– Mengandungi 30 biji kapsul /botol
– Dewasa hanya satu kapsul dua kali sehari selepas makan
Harga di Pasaran:
RM87.00 Sahaja
(termasuk postage)
Anda boleh dapatkan suplimen kesihatan MOELIFE dengan melayari:
aminchannel.com
Atau hubungi : 0132893643
Allah ar-Raafi’ bermaksud Allah Yang Maha Mengangkat dan Meninggikan. Allah ar-Raafi’ adalah salah satu nama yang terdapat di dalam rantaian Asmaul Husna.
Allah boleh mengangkat seseorang itu dengan sebab keimanannya kepada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam al-Quran:
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu
Iman bukan hanya semata-mata letaknya di dalam hati. Walaupun iman berasal dari kepercayaan, tetapi ianya merupakan iman yang melahirkan buahnya. Buahnya bermaksud seseorang itu tidak akan berputus asa apabila melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara di dunia ada cabarannya tersendiri, manusia tidak boleh hidup tanpa ada kesusahan dalam kehidupan.
Allah s.w.t meninggikan dan mengangkat darjat seseorang itu dengan jalan ilmu samada diberikannya kelebihan ilmu atau diberikan rasa ingin menuntut ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya akan diberi kefahaman dalam agama.
Beruntunglah orang yang sentiasa berada dalam majlis ilmu. Ilmu Allah s.w.t sangat luas. Kejahilan boleh mendatangkan kehinaan kepada seseorang. Ianya boleh berlaku dalam 2 keadaan
Firman Allah s.w.t:
Sesiapa yang menghendaki kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencari kemuliaan dengan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah jualah naiknya segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul).
Amal soleh mempunyai lima bentuk, iaitu;
Contohnya, seperti solat, puasa dan menjaga kebersihan diri. Jangan biarkan diri dalam keadaan jahil dan sentiasalah menuntut ilmu semasa kehidupan. Jangan biarkan diri dalam kesedihan yang berpanjangan. Kesedihan akan sentiasa menghantui kehidupan kita jika sering mengingatinya. Oleh itu, amalkanlah memaafkan orang lain kerana dengan memaafkan itu akan membawa kebaikan dalam kehidupan kita.
Bagi sebuah keluarga yang harmoni, contohnya ibu melaksanakan peranannya seperti memasakkan hidangan untuk keluarga, manakala ayah mencari nafkah untuk melengkapkan kelengkapan rumah.
Contohnya, majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar, menganjurkan program yang bermanfaat di masjid, di surau, dan mengimarahkan masjid.
Membangunkan negara, berjuang demi negara, menjaga keharmonian negara, dan memakmurkan negara.
Contohnya menghulurkan bantuan kepada saudara se-islam kita di Palestin dan negara-negara lain yang memerlukan bantuan.
Allah s.w.t akan mengangkat darjat kita dengan akhlak yang baik. Akhlak merupakan peribadi, perangai dan tabiat seseorang itu. Akhlak boleh dibahagikan kepada dua bentuk.
Nabi s.a.w bersabda:
Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah sedekah.
Islam mengajar kita untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula diri kita. Islam tidak mengajarkan kepada kita untuk memandang kesalahan orag lain. Jika tidak mampu untuk melihat kelemahan diri sendiri, terdapat lima golongan yang boleh menilai dan mampu melihat kelemahan diri kita;
Allah s.w.t berkehendak untuk mengangkat darjat hambaNya dengan lima jalan;
Allah s.w.t menyediakan jalan kepada hambaNya untuk diangkat darjat di sisi Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan kemudahan dan diangkat darjat di sisi Allah s.w.t.
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua umat islam!
Julung-julung kalinya, kami menjual Kurma Terbaik di bawa seliaan Ustaz Muhamad bin Abdullah bersempena bulan yang mulia ini. Kini digandingkan bersama dalam satu kombo eksklusif oleh SHEIKH yang terbang dari bumi Madinah disertai kurma Medjoul Kelas 1 dari keramat tanah Palestin.
Kurma dimasukkan khas dalam dua balang kedap udara 250gram berasingan untuk memastikan kebersihan menyeluruh dan kesegaran terbaik.
Sangat baik untuk keseronokan sendiri dan lebih-lebih lagi sebagai hadiah untuk yang istimewa anda.
Kandungan dalam Kotak Kurma terbaik :
1. Ajwa Aliyah dari Madinah
VVIP
2. Medjoul dari Palestin
1st CLASS
HARGA :
RM85
POSTAGE :
Semenanjung Malaysia
– RM8.00 (1 kotak)
Sabah & Sarawak
– RM16.00 (1 kotak)
No Akaun :
ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD
MAYBANK
562366111463
untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke no 0132893643 (En Hakim)
Kurma SHEIKH menjadi idaman;
Sedap dan berkah, dinikmati bersama keluarga;
Penuh khasiat dan baik bagi kesihatan;
Terima kasih atas sokongan anda. 🌹❤
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Anda juga boleh walk in ke office kami di Alcc Al- Amin Travel Sdn Bhd, Seksyen 9 Shah Alam untuk mengambil kurma.
Disini saya sertakan pautan laman web SHEIKH untuk maklumat lanjut https://sheikh.asia/ berserta beberapa video ringkasan berkaitan kurma terbaik ini .
Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna iaitu Allah s.w.t al-Khoofidh yang bermaksud Allah yang Maha Merendahkan.
Jahil ini boleh berlaku dalam dua keadaan;
Hadis Nabi s.a.w:
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Hadis Nabi s.a.w lagi:
Jadilah orang yang mengajarkan ilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu, atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima maka kamu akan binasa.
Hadis Nabi s.a.w:
Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh kerjanya.
Firman Allah s.w.t:
Dan jangan sesekali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok nya”.
Berdasarkan ayat di atas, Allah s.w.t menjelaskan kepada kita janganlah sesekali menangguhkan kerja pada hari ini ataupun pada keesokan harinya ataupun pada waktu yang lain. Setiap pekerjaan yang boleh diselesaikan pada waktu itu, maka selesaikanlah ia secepat mungkin. Setelah itu mulakanlah pekerjaan yang baru untuk memajukan diri.
Apakah perbezaan sifat malas dan sifat bertangguh?
Malas ialah satu tabiat yang tidak mahu melakukan sesuatu perkara itu dan sentiasa memberikan alasan. Manakala, bertangguh adalah satu tabiat yang suka melambatkan sesuatu perkara, sedangkan perkara itu mampu untuk diselesaikan dengan cepat.
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa berasal daripada kelemahan manusia itu sendiri. Justeru itu, hendaklah kita sentiasa memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan berusaha meningkatkan kelemahan yang ada pada diri. Janganlah membiarkan diri kita berterusan berada di dalam kelemahan.
Akhlak boleh dibahagikan kepada 4 bentuk;
Dalam Islam, tidak dikatakan orang yang berakhlak jika hanya ada sifat sahaja dalam hati tetapi tidak menjaga sikapnya, begitu juga sebaliknya. Contohnya, ada segelintir orang yang tidak menjaga tutur kata ketika bercakap, tetapi hatinya baik. Itu tidak dikira berakhlak mengikut ajaran Islam
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Di antara nama Allah s.w.t ialah Allah Al-Baasith bermaksud Allah Yang Maha Meluaskan.
Firman Allah s.w.t:
Dan Allah jualah yang menyempit dan meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNya lah kamu semua akan dikembalikan.
Apakah beza nama Allah s.w.t al- Baasith dengan Allah s.w.t ar-Razzaq?
Allah Ar-Razzaq ialah Allah Yang Memberi Rezeki daripada tiada kepada ada. Manakala Allah al-Baasith, Allah meluaskan dan dikembangkan rezeki yang sedia ada.
Kita adalah hamba Allah s.w.t yang tertakluk kepada kurniaan-kurniaan Allah s.w.t.
Apakah maksud rezeki?
Rezeki bermaksud apa-apa sahaja keperluan bagi manusia.
Bagaimana Allah s.w.t meluaskan rezeki seseorang?
Allah s.w.t menciptakan setiap manusia dengan sebab dan tujuan tertentu. Begitu juga Allah mengurniakan rezeki kepada hambaNya dengan selayaknya kepada hamba itu dengan sebab-sebab tertentu.
Firman Allah s.w.t:
Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah meluaskan menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakinya.
Ilmu adalah sangat luas, ia bukan sahaja ilmu agama tetapi meliputi seluruh aspek. Carilah ilmu di dalam apa jua bidang sekalipun selagi mana ia dapat memberi manfaat kepada kita.
Allah memberikan ilmu kepada hambaNya. Justeru itu, janganlah berasa sombong dengan ilmu yang ada dan jangan memperkecilkan orang lain.
Zuriat merupakan anugerah dari Allah s.w.t iaitu cahaya mata hasil dari sebuah perkahwinan.
Oleh itu, di dalam hadis Nabi s.a.w orang yang mampu untuk berkahwin dan dia boleh berkahwin, tetapi sengaja ingin menjadi rahib dan tidak mahu berkahwin, maka dia bukanlah dari golongan umat Muhammad.
Kesimpulannya, Allah s.w.t memberikan rezeki dan meluaskannya bukan sahaja di dunia bahkan hingga ke akhirat.
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Al-Qabidh merupakan salah satu asma’ Allah s.w.t. Allah al-Qabidh yakni Allah s.w.t Maha Menyempitkan.
Allah s.w.t menyempitkan rezeki hambanya untuk menunjukkan kekuasaan dan menunjukkan bahawa kita semua tertakluk di bawah kekuasaanNya. Walaupun secanggih mana ciptaan teknologi manusia dari Timur ke Barat, tetap tidak dapat melawan kekuasaan Allah. Sejauh mana kita menjaga sesuatu perkara, andai Allah berkehendak untuk menyempitkan atau menjadikan sesuatu keadaan itu keadaan yang tidak diingini. Allah s.w.t berkehendak untuk melakukannya dan menunjukkan kekuasaanNya.
Ketika berlaku kesempitan itu, kadang kala kesempitan itu tidak berlaku secara berpanjangan, sebenarnya Allah s.w.t masih belum menunjukkan jalan keluar kepada hambanya yang diuji, kerana waktunya masih belum sesuai.
Dalam al-Quran Allah berfirman:
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Kesempitan hidup juga boleh disebabkan oleh dosa-dosa yang telah dilakukan dan sebagai bala ke atas hamba yang melakukannya. Ulama’ juga ada menyatakan bahawa jangan kita memperkecilkan dosa yang telah dilakukan walaupun dosa kecil, kerana dibimbangi, Allah s.wt murka terhadap perbuatan itu dan memberikan balasan secara terus terhadap hambanya yang melakukan perbuatan itu. Allah s.w.t bersifat al-Qabidh, pada bila-bila masa sahaja Allah berkehendak untuk membalas setiap perlakuan hambanya. Allah s.w.t Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
Sedangkan kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras. Sedangkan kaum ‘Aad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum ‘Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).
Penghapusan dosa bagi hamba Allah s.w.t adalah dengan cara melalui jalan taubat kepadanya. Namun, ada sebahagian daripada hamba Allah s.w.t yang tidak mahu bertaubat. Mungkin kerana mereka masih belum sedar tentang dosa yang dilakukannya disebabkan kekurangan ilmu ataupun sebab-sebab yang lain. Allah s.w.t mendatangkan kesusahan sebagai penghapusan dosa bagi mereka. Ujian-ujian yang Allah berikan adalah selayaknya bagi hambanya. Dugaan yang diturunkan juga adalah selaras dengan tahap keimanan seseorang itu.
Ada keadaan dimana Allah s.w.t memberikan kesempitan dalam kehidupan kepada hambanya untuk meningkatkan darjat mereka. Ketika mana seseorang itu dilahirkan dan diberi nama, dia juga akan meninggal dunia dengan namanya itu. Di sisi Allah s.w.t, semua manusia lahir dengan hanya satu nama iaitu Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tetapi apabila meninggal dunia, namanya tidak lagi sama. Ada yang lahir dengan nama Abdullah dan meninggal dengan nama al-Muttaqin yang bermaksud orang yang bertaqwa. Ada yang lahir dengan nama Abdullah dan meninggal dengan nama Ashabul Yamin yang bermaksud golongan kanan yang diberi nikmat.
Keadaan sempit diturunkan kepada seseorang itu kerana Allah mahu menguji keimanannya.
Dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman:-
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Kesempitan dan kesusahan yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah untuk menambah pahala hamba-hambanya. Pahala yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada dua bentuk;
Orang yang bersabar dalam ujian yang diberikan oleh Allah akan mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.
Berusaha untuk memperbaiki keadaan, dengan izin Allah s.w.t akan memperoleh pahala daripada keberkatannya. Jangan hanya mengeluh atau merungut kerana ianya tidak akan memberi apa-apa manfaat dalam kehidupan kita. Malahan ia juga akan membuka ruang untuk syaitan masuk ke dalam diri kita. Perbanyakkanlah berdoa dan mohon petunjuk dari Allah s.w.t.
Allah menyempitkan sesuatu itu kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ketika di dunia ataupun di akhirat. Anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada kita sebagai hambanya amat luas ia tidak berhujung dan tidak bertepi.
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Allah al-‘Alim bermaksud Allah Yang Maha Mengetahui. Allah al-‘Alim adalah salah satu asma’ Allah yang terdapat di dalam rantaian asmaul Husna. Allah al-‘Alim, Allah mengetahui akan segala perkara yang maujud dan tidak ada sesuatu perkara sekalipun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t:
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luth Mahfudz).
Daripada keratan ayat di atas, Allah s.w.t memberitahu kepada hambanya bahawa Allah mengetahui segala-galanya walaupun sehelai daun yang gugur. Segalanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, manusia perlu bergantung kepada Allah s.w.t. Sehebat dan secanggih mana jua teknologi yang ada pada masa kini, masih tidak mampu untuk menandingi kekuatan Allah s.w.t. Apabila ditimpa masalah, maka berdoalah kepada Allah s.w.t. Allah memerintahkan kepada hambaNya supaya memohon pertolongan dariNya.
Allah s.w.t mengetahui akan segala sesuatu, tidak lemah dan tidak pula lupa.
Jika diperhatikan dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman:
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Secara terang-terangan di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa sekalipun daun yang gugur dalam pengetahuanNya. Perkara sekecil itu Allah mengetahuinya apatah lagi sesuatu yang cuba disembunyikan oleh hambaNya. Firman Allah s.w.t:
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
Firman Allah s.w.t:
Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Allah menyembunyikan di mana tempat matinya seseorang. Selain itu, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui dan mengarahkan bila akan turunnya hujan. Realitinya, Malaysia mempunyai awan dan apabila langit mula gelap serta awan yang penuh dengan air berarak, sesiapa sahaja boleh menjangkakan akan turunnya hujan. Namun, cuba fikirkan bagaimana negara Arab yang tandus, tiada padanya awan. Bagaimana cara yang membolehkan tempat mereka dituruni hujan? Semua ini adalah kekuasaan Allah s.w.t. Manusia boleh meniti di atas ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Sebagaimana wujudnya ahli kaji cuaca untuk mengkaji cuaca dunia. Walau bagaimanapun, semua yang berlaku adalah di dalam kekuasaan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t:
Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan mengazabmu, jika Dia menghendaki.
Allah s.w.t mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh manusia. Jika pelakuannya itu Allah menghendaki rahmat ke atasnya, maka Allah s.w.t akan kurniakan kerahmatan tersebut. Begitu juga sebaliknya, jika Allah s.w.t menghendaki mendatangkan azab atas perlakuan tersebut, maka Allah s.w.t datangkan azab. Apabila seseorang melakukan kebaikan, pasti Allah s.w.t akan membalasnya dengan kebaikan. Tetapi terdapat sebahagian amalan, Allah memberikan kebaikan yang lebih kepada orang yang melakukannya.
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Di antara nama Allah s.w.t di dalam rantaian Asmaul Husna Allah s.w.t ialah Allah al-Fattah iaitu Allah Yang Maha Membukakan sesuatu. Allah s.w.t membukakan pintu-pintu kebaikan, rahmat dan sebagainya kepada orang yang beriman dan orang-orang yang dikasihiNya di kalangan orang-orang yang soleh. Apabila dibicara mengenai Allah al-Fattah, maka terdapat tujuh perkara yang dibukakan Allah s.w.t.
Allah al-Fattah membukakan ilmu pengetahuan kepada manusia. Kerana itu, orang Islam diajar untuk memulakan majlis ilmu dengan berdoa.
Antara doa yang sering dibacakan ialah:
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami hikmatmu dan lempahkanlah rahmat dari khazanahmu, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat.
Dalam erti kata yang lain keyakinan adalah iman. Keyakinan adalah salah satu daripada apa yang dibukakan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Setiap Muslim wajib meyakini kekuasaan Allah s.w.t. Ada sebahagian manusia tidak yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t. Umat pada zaman nabi-nabi terdahulu, walaupun setelah nabi-nabi menunjukkan mukjizat mereka, masih juga ada umat yang tidak mahu beriman kepada Allah. Ini kerana, Allah s.w.t tidak membukakan keyakinan kepada mereka. Sebagaimana kisah Nabi Syu‘aib a.s, baginda a.s diutuskan kepada dua kaum iaitu Kaum Madyan dan Kaum Aikah. Kedua-dua kaum ini menyara hidup dengan berniaga. Tetapi mereka menipu dalam perniagaan. Maka Nabi a.s mengingatkan kaumnya tetapi mereka tetap berdegil dan tidak mengikuti kata-kata baginda a.s
Akhirnya, baginda berdoa sebagaimana dalam al-Quran:
Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.
Allah al-Fattah membuka jalan-jalan dan pintu-pintu keselamatan
Firman Allah s.w.t:
Maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku.
Allah s.w.t al-Fattah iaitu Allah s.w.t membukakan pintu-pintu nikmat
Firman Allah s.w.t:
Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu.
Allah Yang Maha Membuka akan membukakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Hidayah bermaksud gerak hati yang selaras dengan keredhaan Allah s.w.t. Sebenarnya manusia bertindak mengikut gerak hatinya. Orang yang diberi hidayah oleh Allah s.w.t akan ditunjukkan jalan yang lurus bagi mereka, secara tidak langsung gerak hati mereka juga selaras dengan keredhaan Allah s.w.t. Maka kita sebagai hamba Allah s.w.t berdoalah dan mohonlah hidayah dariNya.
Keberkatan ialah ”زِيَادَةُ الْخَيْرِ“yang bermaksud pertambahan kebaikan. Jika seseorang dalam keadaan sihat, rohani dan jasmani, terdapat keberkatan pada kesihatan itu, maka dengan keberkatan itu akan mencambahkan lagi perkara-perkara yang baik. Kemudian apabila ada keberkatan pada harta, dengan keberkatan itu, harta itu dapat dimanfaatkan dengan cara melakukan kebaikan seperti menggunakannya untuk menunaikan haji, bersedekah, zakat, wakafkan harta dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t:
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.
Allah al-Fattah membukakan pintu rahmat untuk hambaNya. Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t akan diberikan kepada semua hambanya di dunia. Bila mana Allah memberikan rahmat kepada hambaNya, Allah tidak akan meninggalkan hamba itu keseorangan. Diberikan jalan keluar untuk setiap permasalahan yang dialami. Bila mana hambaNya mempunyai hajat, Allah tunaikan untuknya hajat yang dipinta. Apabila terdetik sesuatu keinginan, Allah s.w.t akan penuhi hajat untuknya. Sehinggakan orang yang mendapat rahmat Allah boleh sampai ke satu peringkat yang tertinggi yang mana mencapai tahap Allah meredhainya dan dia meredhai Allah
Seperti mana yang disebutkan Allah s.w.t dalam al-Quran:
Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepadaNya.
Seseorang itu akan berasa sangat gembira apabila ditunjukkan oleh Allah jalan keluar dari permasalahannya. Dia akan merasakan Allah sentiasa bersamanya walau dalam apa jua keadaan. Inilah yang dirasai oleh seluruh para sahabat Nabi s.a.w. Kerana itu, mereka diberikan gelaran وَرَضُوا عَنْهُ. Kemana sahaja mereka pergi, jiwa mereka akan tenang kerana dapat merasakan keredhaan Allah s.w.t. Terdapat satu maqam sahabat di Guang Zhoa, China. Ketika Rasulullah s.a.w wafat, sahabat ini berjanji pada dirinya untuk membawa Islam ke negeri China. Katanya, “Aku ke negeri China adalah untuk mengIslamkan China dan aku tidak akan kembali ke negeri Arab. Satu antara dua pasti akan berlaku samada aku syahid di bumi China atau Islam tersebar di bumi China.”
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Di antara nama-nama Allah, terdapat juga Allah ar-Razzaq, Allah yang Maha Memberi Rezeki. Rezeki adalah anugerah kepada manusia untuk diambil darinya manfaatnya. Allah menurunkan rezeki kepada manusia mengikut keperluan dan juga menurut tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Allah akan mencukupkan rezeki setiap makhlukNya, selagi mana ada kehidupan selagi itu disediakan rezeki kepada mereka.
Firman Allah s.w.t:
Dan tidak ada sesuatu binatang yang melata pun di bumi, melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat menyimpannya semuanya tertulis dalam kitab yang nyata luth mahfuz.
Rezeki itu perlu diusahakan agar Allah s.w.t memberikan pahala ke atas usaha yang telah dilakukan hambaNya. Allah s.w.t mampu untuk mendatangkan rezeki secara terus kepada hambaNya, tetapi Allah s.w.t mahu kita sebagai hambaNya berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan rezeki tersebut agar Allah s.w.t dapat memberikan pahala ke atas usaha itu.
Firman Allah s.w.t:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya.
Rezeki yang datangnya dari sumber yang haram hendaklah dihindari. Rezeki yang haram itu merupakan ujian bagi kita. Justeru itu, hendaklah kita menghindarkan diri kita daripada menerima rezeki yang datangnya dari sumber yang haram ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang haram itu?
Antara rezeki yang haram itu adalah;
Judi bukan sahaja yang disebut ‘nombor ekor’, tetapi pertaruhan juga dikira sebagai satu perjudian. Pertaruhan maksudnya, seseorang itu mengharapkan kemenangannya dalam suatu pertandingan dan mengharapkan kekalahan orang lain semata-mata dan orang yang kalah itu menanggung akibat kekalahan itu. Contohnya, dalam permainan golf, pemain yang kalah dalam pertandingan perlu membayar seluruh kos pertandingan itu.
Lain pula jika terdapat pihak ketiga yang menanggung keseluruhan kos pertandingan itu dan pihak ketiga itu tidak terlibat secara langsung di dalam pertandingan itu. Contohnya, pertandingan memancing yang mempunyai yuran pertandingan, dan hadiah dibeli menggunakan duit kemasukan semata-mata. Fatwa menegaskan bahawa mestilah terdapat pihak ketiga sebagai penyumbang dalam pertandingan itu.
Harta tidak pasti adalah harta yang tidak boleh dijadikan sebagai sumber. Sebagai contoh pajakan-pajakan yang tidak pasti, atau menjual buah durian dari pokok yang masih belum berbuah dan tidak pasti hasilnya.
Suami tidak memberi nafkah yang menjadi hak isteri dan anak-anak.
Contohnya menerima upah untuk pekerjaan membunuh orang lain ataupun melakukan pelacuran.
Contohnya menjual arak. Adapun, rokok di sesetengah negeri mengatakan haram hukumnya dan ada sesetengah negeri mengatakan hukumnya makruh. Namun, adalah lebih baik untuk kita menghindarkannya.
Dalam bab rezeki, Islam adalah satu agama yang sangat cantik dan Islam itu agama yang mengajar kita daripada kita lahir bagaimana mahu mencari rezeki hinggalah kita meninggalkan dunia.
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami:
Di antara nama-nama Allah s.w.t dalam rantaian Asmaul Husna adalah al-Wahhab, maksud Allah al-Wahhab ialah Allah yang Maha Mengurniakan kepada manusia segala nikmatNya, dan Allah mengurniakan segala nikmat di dunia ini tidak kira kepada manusia yang beriman ataupun yang tidak beriman.
Nikmat yang semula jadi diberikan kepada manusia untuk mereka hidup dalam keadaan baik, tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya.
Firman Allah s.w.t:
Dan dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh ciptaanNya. Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan juga hati. Tetapi kamu sedikit sekali yang bersyukur.
Nikmat yang mendatang adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah selepas nikmat semula jadi. Nikmat yang mendatang contohnya anak, harta, kesihatan dan sebagainya. Nikmat seperti ini adalah nikmat yang mendatangkan kesenangan hati kita sebagai manusia.
Firman Allah s.w.t:
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Dia menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Nikmat adalah milik Allah s.w.t. Allah s.w.t boleh memberikan nikmatnya itu kepada mana-mana hambanya yang dihendaki dan Allah s.w.t juga boleh menarik balik segala nikmat yang telah diberikan kepada mana-mana hambaNya. Allah s.w.t mampu untuk memanjangkan nikmat seseorang yang telah diberikan nikmat ke atasnya.
Berdoa dan mohonlah kepada Allah s.w.t agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan olehNya. Jangan pula jika tidak mempunyai hajat atau tidak merasakan kesempitan hidup, maka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menceritakan tentang bagaimana seseorang hamba yang mohon agar Allah s.w.t memanjangkan nikmat yang ada padanya:
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi Kurnia.”
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: