اَلرَّحِيْمُ
AR-RAHIM
ALLAH YANG MAHA PENGASIH

Ar-Rahman Allah s.w.t adalah untuk semua makhluk. Manakala, ar-Rahim Allah s.w.t hanya kepada orang yang beriman sahaja. Allah menganugerahkan kepada orang beriman tiga perkara di dunia.
- Allah ar-Rahim menganugerahkan rahmat
Kasih sayang Allah kepada orang beriman bukan sahaja di dunia, bahkan berpanjangan sehingga ke akhirat. Dengan kasih sayang ini, orang beriman tidak akan dibiarkan tidak terbela oleh Allah dan dengannya juga seseorang akan dianugerahkan ketenangan

Untuk apa kasih sayang Allah?
i) Dengan kasih sayang, seseorang itu tidak akan merasa sendirian.
ii) Apabila ditimpa masalah ataupun musibah, seseorang itu tidak akan lemah dengan adanya kasih sayang.
iii) Setiap hamba diuji oleh Allah s.w.t. Persamaan dalam ujian ialah ianya menyempitkan hati. Setiap ujian yang menimpa seseorang hamba, akan membuatkan hatinya sempit. Manakala, perbezaan dalam ujian pula ialah bentuk ujian yang menimpanya. Ada sebahagian orang yang diuji dengan masalah kesihatan, ada pula yang diuji dengan masalah kewangan dan pelbagai bentuk ujian lain yang menimpa seseorang itu.
Firman Allah s.w.t:-
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
Cara untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t
i) Taat pada suruhan AllahSuruhan Allah terbahagi kepada dua, wajib dan sunat. Suruhan yang wajib perlu dilakukan dengan sebaiknya. Manakala, suruhan yang sunat pula perlu diperbanyakkan dalam kehidupan seharian.
ii) Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah
Larangan Allah juga terbahagi kepada dua, haram dan makruh. Perkara yang haram hendaklah ditinggalkan. Manakala, pada perkara yang makruh pula, cuba untuk dihindari.
- Allah ar-Rahim menganugerahkan keberkatan
Allah dengan sifat ar-RahimNya juga akan menganugerahkan keberkatan bagi orang yang beriman kepadaNya.

Apa itu keberkatan?
Keberkatan ialah kelebihan. Dalam bahasa Arabnya keberkatan disebut sebagai ‘زيادة الخير’ yang bermaksud, pertambahan kebaikan. Terdapat keberkatan dalam amalan harian yang dilakukan. Sesiapa yang ada keberkatan, maka pasti akan mempunyai kelebihan dalam kehidupannya. Apa yang penting, keberkatan tersebut membuatkan seseorang itu lebih taat kepada Allah s.w.t.
Cara untuk mendapatkan keberkatan
1. Menjaga adab dalam melakukan sesuatu perkara
Islam mengajarkan umatnya untuk sentiasa menjaga adab dalam segala tindak tanduk. Apabila seseorang menjaga adab, maka perbuatannya itu akan melahirkan keberkatan.

2. Memohon keberkatan daripada Allah s.w.t.
Keduanya, bagi mendapatkan keberkatan daripada Allah s.w.t adalah dengan cara berdoa. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah diiringi dengan doa bagi menambahkan lagi keberkatan amalan tersebut. Sebagaimana sebelum makan, ada doanya yang khusus perlu dibaca.

3. Allah ar-Rahim menganugerahkan ketenangan
Antara perkara yang paling berharga ialah ketenangan. Ianya tidak boleh dibeli sebaliknya, ia merupakan anugerah daripada Allah s.w.t. Allah tidak pernah menjadikan perkara maksiat itu sebagai ubat bagi hati. Oleh itu, janganlah kita melakukan perkara maksiat sebagai alasan untuk mencari ketenangan.

Sekiranya Allah ingin kurniakan syurga di akhirat, Allah akan kurniakan syurga di dunia lagi yakni rasa ketenangan dalam menjalani kehidupan. Begitu juga, sekiranya Allah mahu kurniakan neraka di akhirat, Allah akan kurniakan neraka di dunia lagi iaitu dengan hilangnya rasa ketenangan dalam diri seseorang insan. Di dalam al-Quran, Allah ada menyatakan bahawa orang-orang yang memasuki syurga itu adalah terdiri daripada orang-orang yang tenang jiwanya.
Firman Allah s.w.t
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً * فَادْخُلِي فِي عِبَادِي * وَادْخُلِي جَنَّتِي
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka, masuklah kamu dalam golongan hambaKu. Dan masuklah kamu dalam syurgaKu.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– KULIT TEBAL
– SIZE 21 X 29.7 CM (A4 SIZE)
– BERAT 1.6 KG
– 590 MUKA SURAT
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:

Atau boleh berhubung dengan kami:
