لَفْظُ الْجَلَالَة
LAFZ JALALAH
LAFAZ YANG MAHA BESAR LAGI MAHA AGUNG
Nama Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mulia yang wajib bagi setiap manusia mengetahui kewujudanNya. Nama kalimah Allah disebut sebagai لفظ الجلالة iaitu lafaz yang mulia. Allah s.w.t yang Maha disembah, kekuasaanNya tiada tandingan, Dialah yang tiada permulaan dan tiada kesudahan.
Beriman kepada Allah bermaksud beriman dengan lima perkara
1. Beriman dengan kewujudan Allah.
Beriman dengan kewujudan Allah iaitu merasa kewujudan itu bukan sahaja dengan akal, tetapi dengan hati juga. Merasakan Allah itu sentiasa ada, melihat, mendengar, berkuasa dan sentiasa bersama dengan orang beriman.
2. Beriman dengan sifat ‘Rabb’
Sesetengah ulama’ memanggil sifat ‘rabb’ dengan panggilan sifat Rububiyyah. Beriman dengan sifat ‘Rabb’ ialah meyakini bahawa Allah yang mencipta segala-galanya.
3. Beriman dengan sifat ‘Ilah’
Dalam sesetengah kitab, sifat ‘Ilah’ juga disebut sebagai sifat ‘Uluhiyyah’. ‘Ilah’ ialah apa yang disembah yakni Allah. Beriman kepada Allah bererti seseorang hamba itu mengimani dan menyatakan pengabdiannya hanya kepada Allah yang satu. Ramai yang beriman dengan kewujudan Allah dan beriman dengan sifat ‘rabb’, tetapi tidak ramai yang merasakan pengabdian hanya kepada Allah s.w.t.
4. Beriman dengan nama dan sifat-sifat Allah s.w.t.
Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Firman Allah s.w.t:
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
5. Beriman bahawa tiada sifat yang buruk dan kurang bagi Allah s.w.t.
Mustahil bagi Allah itu bersifat dengan sifat kekurangan. Maka, janganlah sesekali berputus asa untuk berdoa kepadaNya kerana pasti Allah s.w.t yang memiliki sifat kesempurnaan akan memustajabkan doa hamba-hambaNya.
Hendaklah kita mengetahui bahawa tiada sifat kekurangan bagi Allah dan hendaklah kita bersangka baik kepada Allah s.w.t yang Maha Pencipta.
Dapatkan Kitab Syarah Asmaul Husna
yang disusun oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin
– Kulit Tebal
– Size 21 x 29.7 cm (A4 Size)
– Berat 1.6 kg
– 590 Muka Surat
PERCUMA dengan setiap pembelian Kitab Syarah Asmaul Husna:
– 1 Siri (20 Video) sistem pengajian online (Teachable) Kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin.
– Sijil Talaqqi Kitab Syarah Asmaul Husna akan diberikan jika anda berjaya mengikuti 100 kuliah dan menjawab soalan-soalan di sistem pengajian online (Teachable)
Harga (Tidak Termasuk Postage):
RM 120.00
Anda boleh dapatkan kitab ini dengan melayari:
Atau boleh berhubung dengan kami: