Alhamdulillah, buat pertama kalinya kita berjaya mengadakan perjumpaan mingguan bersama ahli ALCC Biz Circle setelah sebulan berpuasa. Hari ini kita telah didatangi oleh Ustaz Amin selaku penaung bagi kumpulan ALCC sekaligus menyampaikan pengisian bertajuk: Asas Bisnes Dalam Islam

Di bawah ni antara gambar-gambar sewaktu meeting berlangsung

Dengan bertemakan konsep “Bantu Sebelum Dibantu”, kita mengumpulkan seberapa ramai yang mungkin dari pelbagai klasifikasi bisnes untuk sama-sama kembangkan bisnes dalam satu platform.

Peluang untuk sertai kami sebagai ahli eksklusif ALCC Biz Circle dan nikmati kebaikan berbisnes secara berjemaah kini masih dibuka.

Antara 3 Kelebihan menjadi ahli eksklusif ALCC Biz Circle

1. Perjumpaan Mingguan Bersama Pemilik Bisnes (Networking)

Dengan perjumpaan secara mingguan bersama pemilik bisnes berlainan klasifikasi, anda boleh meluaskan maklumat tentang bisnes anda & merebut peluang kerjasama dengan ahli ALCC Biz Circle yang lain.

2. Bisnes Dipasarkan Secara Online (Digital Marketing)

Gabungan bisnes secara offline & online bakal meningkatkan lagi exposure dan jualan anda. Digital marketing anda akan dipantau serta diuruskan oleh pihak pengurusan.

3. Rujukan Prospect Dari Ahli Ekslusif (Team Player)

Menjadi satu budaya dalam ALCC Biz Circle untuk saling menyokong dan memberi rujukan bisnes kepada kenalan masing-masing. Disamping mendapat rujukan, anda juga boleh membuat sebaran aktiviti/sesi 1-to-1/hasilkan jualan kepada lebih ramai prospect yang sebenar.

TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG!

P/S: Jika anda telah pun menjadi ahli ALCC Biz Circle, Sila SHARE ARTIKEL ini dengan cara KLIK Butang SHARE di bawah (Akses guna smartphone sahaja)

Menu