Sale!

[VIDEO] Bagaimana Menangani Kesedihan

RM100.00 RM50.00

Category:

Description

Bagaimana menangani kesedihan?
Adakah Islam melarang kita bersedih?
Bagaimana sedih yang disarankan dalam Islam?

Dalam kehidupan setiap manusia itu pasti akan diuji sama ada dengan kesenangan ataupun kesusahan dan kita juga akan merasakan kegembiraan mahupun kesedihan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Sedangkan Rasulullah s.a.w juga pernah bersedih dalam perjuangan baginda ketika baginda memperjuangkan agama Islam itu sendiri.

Tetapi baginda tidak pernah mengalah dan terus berusaha dalam perjuangannya sehingga Islam itu tersebar luas ke seluruh dunia pada hari ini. Itu kehidupan Rasulullah s.a.w, bagaimana pula dengan kita?

Jom bersama-sama Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin dalam perbincangan tentang bagaimana menangani kesedihan dari sudut Psikologi dan berdasarkan al-Quran dan Sunnah

5 video membahaskan bagaimana tangani kesedihan:

VIDEO 1 : MENGAPA MANUSIA BERSEDIH
Kita akan membincangkan secara psikologi tentang Manusia dan Kesedihan dan bagaimana pula Islam menitik beratkan tajuk kesedihan itu dari sudut al-quran dan hadis.

VIDEO 2 : 3 TAHAP KESEDIHAN
Kesedihan ada beberapa tahap iaitu pada tahap kemanusiaan dan ada dipanggil sebagai “Border Kemanusiaan” sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi “Disorder” dan boleh hilang kewarasan kemanusiaan.

VIDEO 3 : SEDIH DAN PENGURUSAN EMOSI
Sedih akan mengganggu emosi kita sebagai manusia dan bagaimana kesedihan itu akhirnya menjadikan seseorang itu terganggu emosi kemudian melahirkan kesan-kesan negatif yang lain contohnya “Depres”, “Mood Swing”, “Anxiety” dan sebagainya.

VIDEO 4 : UBAT SEDIH
Dalam video ini akan mengupas bagaimana kaedah mengubat kesedihan daripada sudut Psikologi, Disorder dan panduan agama.

VIDEO 5 : 5 STEP MENANGANI KESEDIHAN CARA AL-QURAN
Video ini merujuk kepada ketika Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan yang sangat sedih ketika menegakkan perjuangannya dan bagaimana Allah membentuk semangat dan emosi Baginda melalui ayat-ayat al-Quran.

Selepas anda buat pembelian, anda akan diberikan link video beserta password.

Dapatkan Sekarang!

PERHATIAN: Amin Channel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis di bawah. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN @ PERSOALAN ANDA DI BAWAH: