SOKONGAN MORAL KEPADA ORANG SEKELILING
Kita kadangkala diuji dengan tekanan hidup yang boleh memberi impak negatif datangnya daripada sekeliling kita.
Lebih-lebih lagi dengan orang yang mudah mengalami kerisauan dan kebimbangan yang agak ketara. Rentetan itu, kita seharusnya memberikan sokongan moral dan dorongan serta nilai-nilai positif kepada mereka.
Dari sudut penerimaan maklumat, otak kita tidak pandai berbanding perut. Perut dalam menerima benda buruk dia akan berusaha untuk mengeluarkannya dengan cara muntah, cirit birit dan sebagainya.
Walhal, otak kita apabila mendengar benda-benda yang tidak baik ia akan mudah melekat begitu juga apabila dibentuk dengan benda-benda kebaikan.
Oleh itu , jika hendak berkawan pilihlah dari kalangan orang yang positif kerana ianya amat penting agar kita tidak tersilap langkah dalam pergaulan dan berkawan.
Namun, sekiranya kita berkawan dengan orang yang positif dan dia telah berjaya mendisiplinkan minda secara positif juga kesannya kita akan menjadi lebih tenang. Dengan erti kata lain, otak lebih tidak pandai daripada perut dalam menerima sesuatu perkara itu.
Nak sihat ada pelbagai cara antaranya dengan pergaulan/ pemakanan dan makanan tambahan yang berkualiti tinggi. Semoga beroleh manfaat untuk kita semua..
Tenang-tenang sajalah..
Untuk maklumat lanjut boleh klik link dibawah:
Atau boleh berhubung dengan kami: